Allah...forgive me always..

Sunday, August 5, 2012

berada di sana...bersama mereka...

sudah seminggu aku menjejakkn kaki di sha alam dalam bulan mulia dan penuh barakah ini...
dan sudah seminggu juga aku bersama mereka....anak2 permata jiwa...penyejuk mata dan hati...yang seringkali menghiasi hari2 ku dengan tawa..tangisan dan manja mereka.....


subhanallah...
aku terasa amat tenag dan bahagia berkhidmat di taska seksyen 7..yang dipenuhi gelagat kanak2 yang comel...bayi2 yang masih suci tanpa dosa dan cela....bersihnya wajah mereka..hrumnya bau tubuh mereka...memberi semangat dan ketenangan pada jiwa2 yang sunyi dan lemah....



Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Hadis tersebut menjelaskan bahawa anak2 yang dilahirkan fitrah dan putih bersih serta suci daripada sebarang dosa dan kesalahan.

hari pertama ku lalui dengan penuh kepenatan dan lelah...namun saat kaki tiba di pintu rumah..dan ku sandarkn kepala di dinding...aku terasa kebahagian yang kian menyusup mendalam di sanubari...

"sungguh indah sekali hari ini..."


tidak sampai sejam aku meninggalkan mereka....hati mula terasa rindu....
dengan telatah mereka...manja mereka...kenakalan mereka ...kecomelan mereka....


nakal...
aku masih ingat dengan sebaris nama: nadim...
kanak2 lelaki...umur 3tahun....sangat2 nakal! bile disuruh tidur tak mahu..berlari2 atas tilam sehingga menggangu teman2 lain...acap kali aku terpaksa mengurungnya dalam bilik gelap...sementara sahaja..tidak sampai dua minit setelah jiwaku tak sanggup mendengar rintihan nya ketakutan di sana....setelah itu dia akan berbaring di tempat tidur...namun, belum sempat memejamkn mata, dia kembali bangun dan berlari2 lagi....arghhhh. nakal sungguh!! buntu aku memikirkn cara membuat dia tidur,akhirnya aku sendri yang kepenatan lalu membiarkn dia berlari sendirian...sesudahnya, rakan2 lain semuanya terjaga dan kecohla rumah teres dua tingkat itu....hahaa....

manja....
seorang kanak2 perempuan....sangat cantik...sangat manis.....sangat manja denganku....dan sangat baik....
aku masih ingta dengan hana asyeera....seorang kanak2 perempuan yang sangat comel....matanya yang cantik menenangkn jiwa saat aku menatapnya....acap kali hana hadir menghampiriku dan memaut lengan di pinggangku...membaringkan kepalanya di atas pahaku....kadang2 dia duduk bersandarkn bajuku....ketika menonton television. hana jarang menages melainkan ade yang menyakitinya....kasih sayangku tumpah padanya...hana bagai ankku sendiri....yang tidak pernah melawan cakapku..tidak senakal nadim...lebih ayu dan sopan penampilannya.....hana....

begitula juga dengan kanak2 yang lain....ahmad nuh....ilham....aleesya..amilin....syazwan....dan ramai lagi yang telah membahagiakn hari2ku.....

saban hari aku semakin menyayangi mereka....menyintai mereka.....
belum sampai seminggu berkhidmat, aku telah diserang batuk kahak , demam dan selsema yang agak teruk...masih belum sembuh2 juga sekarang...ikutkn hati mahu sahaja ambil mc...tapi aku merasakan ianya satu kerugian jika sehari tidak menatap wajah2 mereka anak2 kecil penyejuk mata ini.....aku mengagahkan langkah kaki dan deruman motor setiap pagi ke sana demi mendengar gelak tawa kanak2 itu....sakitku seakan2 lenyap begitu sahaja setelah melihat mereka..membelai mereka....


saban hari juga, aku mula menghayati erti kasih syang seorang ibu kepada anaknya...dis aat aku menjaga mereka...memnadikn..memakaikn baju....membancuh susu..menidurkan....baru aku sedari bahawa semua itu tidak semudah yang disangka....

aku mula merindui ibu..yang telah banyak mengasuh dan menjagaku ketika aku kecil....

saat memandikan, aku perlu menahan nafas dengan bau2 masam dari pampers2 mereka....jiweku berbisik...


"apakah ibuku seperti ini juga dulunya setiap hari.....menahan nafasnya........"


saat memakaikn baju..masing2 tidak duduk senyap dihadapanku....terasa lenguh menhan2 tangan merekan dari terus bergerak2 kesana kemari....jiwaku berbisik....


"apakah ibuku juga seperti ini...penat melayan karenahku........"


saat menidurkan mereka....susu perlu dibancuh terlebih dahulu....telinga bingit mendengar tangisan mereka merengek2 meminta susu.....jiwaku berbisik...


"apakah ibuku juga seperti ini.....pedih mendengar tangisanku selalu...."


jiwaku mula menanges merindui ibu..owh ibuku...sungguh banyak kesabaranmu....dalam membesarknku....penat lelah dalam menjagaku....sedangkan dulu seringkaliku merungut bila kau minta ku bantu...seringkali mengingkarimu.....ampunku duhai ibuku.....ampunkan anakmu yang penuh dosa ini...banyak menderharkaimu.....ampunkan aku ibu.....

aku berjanji...akan ku pelihara diri yang kau besarkn ini dengan sebaiknya menurut kehendak ilahi...
aku berjanji agar jiwa yang kau didik ini menimba ilmu dunia dan akhirat.....
aku berjanji agar tubuh yang kau belai ini menjadi tubuh yang sentiasa beribadah kepada Tuhannya...
aku berjanji agar tangan yang kau genggam ini sentiasa mendoakan keampuanan bagimu dan akan ku mohon syurga buatmu....
aku berjanji bahawa akanku berusaha gigih untuk menjadi seorang muslimah yang solehah...yang dapat memberi ketengan buatmu di akhirat nanti.....

ya Allah...peliharalah ibubapaku yang telah banyak menagis dalam doa2nya untukku...
ya Allah...peliharalah ibubapaku yang telah berpenat lelah untuk seumur idupnya dalam membesarknku...
ampunkn dosa dosa mereka.....ya Allah yang maha mengasihani
angkatkn mereka dari azab kuburmu ya Allah....
jauhkan mereka dari seksa neraka mu ya Allah....
tempatkn mereka di syurgamu.....
berikan kebahgaian...rezkimu....limpahkn kasih sayang dan rahmatmu buat kedua ibubapaku ya Allah....
amin ya rabbal alamin...

Friday, July 27, 2012

satu hari nanti....

::: Bila hati merindu, Sandarkanlah hati itu pada Allah :::


SATU HARI nanti awak akan MENANGIS untuk saya seperti saya menangis untuk awak,
SATU HARI nanti awak akan MERINDUI saya seperti saya merindui awak,
SATU HARI nanti awak akan MEMERLUKAN saya seperti saya memerlukan awak,
SATU HARI nanti awak akan MENCINTAI saya TAPI saya tak mungkin mencintai lagi,
Kerana saat itu, Allah tidak lagi mengizinkan saya mencintai awak seperti saat ini...

Allah selalu ada untukku, untukmu, dan untuk kita semua ~ Alhamdulillah! :) ♥


Tuesday, July 24, 2012

bila jiwa berbicara....

Aku tak sangka..
Dalam beberapa bulan sahaja yang berlalu, mungkin dalam setahun..aku melihat anugerah Allah serta kenikmatannya padaku yang tiada terhingga…
Aku kini telah melihat berbagai hikmah dari masa laluku..dari kesilapan yang pernah aku lakukan..dari kejahilanku..dari kekhilafanku…ya Allah…
Selepas dapat panggilan telefon dari sepupuku siang tadi..aku tak menyangka sama sekali, akan perancangan dari ilahi begitu teliti dan tiada terduga..
Ya Allah…sesungguhnya Engkaulah sebaik2 Perancang..dan segala perancangan dan takdirMu telah banyak menyelamatkan aku dari kemaksiatan..zina..kelalaian…kealpaan dengan duniawi..
Kau menyelamatknku dari masa lampau yang penuh dengan dosa dan noda..ku panjatkn kesyukuran ke hadratMu..kerana kini..aku dapat merasakan bahawa Kau telah menempatknku di kalangan orang2 yang selamat..yang dapat membimbingku kejalanMu…yang selalu mengingatkn aku tentang Mu…aku bersyukur ya Ilahi…aku sangat2 bersyukur…
Ya Allah…
Kau begitu baek sekali denganku…kau mengujiku dengan seribu satu cobaan..sehinggakn aku hampir berputus asa dengan rahmat Mu…aku hampir tersungkur di perjalanan yang berliku2 itu…
Namun Kau hadirkan tangan2 yang mulia…yang menghulurkan cinta mereka kepadaku..atas nama cinta sebagai sahabat…membimbingku kembali ke jalanmu..mengenalkan aku akan cinta sebenar kepadaMu..
Kau mengenalknku dengan ukhuwwah…

Ya benar…
Ukhuwwah la yang menyelamatknku dari cinta duniawi..
Ianya hadiah dan anugerah yang tiada ternilai…aku sgt meng hargai dan mensyukuri anugerah itu ya Allah…
Kini aku sedar….dan aku kian memahami….
Apabila cinta didadaku penuh dengan kecintaan kepadaMu..kepada rasulku..kepada kalamMu..kepada sahabat2 seperjuanganku…kini, aku sudah tidak merasa kosong lagi…mahupun terasa sunyi…
Kecintaan yang aku cari selama ini hadir memberi ketenanagn kepada jiwaku…memenuhi segenap ruang hati dengan kecintaan yang amat2 membahagiakan….
Kini, yang tinggal akan melengkapi lagi hidupku hanyalah seorang suami yang soleh, dalam membimbingku ke akhirat…berpegangan tangan denganku dalam menempuh medan dakwah dan perjuangan ini…dan anak2 yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata dan hatiku….
Aku sudah tidak sedih tanpa lelaki ajnabi dlm idup..
 Aku sudah tidak sedih mnuggu2 handpond ku untuk berbunyi dari panggilan ajnabi lagi…
Aku sudah tidak kisah sekalipun mereka2 diluar sana berkople dan menyatakan kebahagiaan mereka dihadapanku.langsung aku tak kisah,,

Sebab aku tahu..
Aku tahu ape yang aku perlukan dalam idup ini bukan cinta lelaki biasa…lelaki yang tidak halal buatku…
Yang aku perlukan adalah cinta seorang suami yang soleh..yang berjihad dijalan Ilahi….Yang dapat menjadi imamku,bapa yang soleh pada anak2nya…yang dapat menjadi penyejuk mataku..menjadi ketua dakwah dalam keluargaku dan anak2 ku…
Namun…
Apa yang mensayukan hatiku disaat ini…
Adalah kerana merasakan bahawa aku masih tidak mampu untuk bersuami…untuk bekeluarga…
Aku masih belum berkemampuan dari segi wang..…
Aku masih belum persiapkan diri sepenuhnya untuk bakal suamiku…
Aku masih belum mampu meyakinkan ibubapaku bahawa aku mampu untuk hidup berumahtangga lagi…
Dan aku tidak tahu apakah aku sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorg isteri…
Dan apakah aku layak untuk digelar isteri yang solehah buat suamiku sedangkan aku inginkan yang soleh…
bukan tu shje…yang lebih utama…
Siapa bakal SUAMIKU??? Persoalan yang masih belum terjawab..!!

Keinginan yang tinggi…namun segalanya terbatas…..
“mungkin aku memang belum bersedia…sekalipun jiwa mude bergelora…”

Jadi…hurmmm…..
menahan dirilah dulu gamaknye…
Bersabar menanti saatnya tiba…

Jiwa gelora anak muda seperti ku…
Malah di dalam zaman globalisasi serba moden…
Dengan berleluasanya penyebaran zina..kemaksiatan… yang tiada terbatas…
Kadangkala aku takut jika aku tidak kuat menahan nafsu mudaku…
Hingga aku tercampak kelembah kemaksiatan…dosa dan zina…
Nauzubillahiminzalik…
Setiap hari…
Tidak putus2 aku memanjatkn doa…
Mohon percepatkn jodohku…
Agar aku bisa menyelamatkn diri ini…

Aku takut…jiwe aku lemah…
Walau telah bertaubat dari dosa2 dan kesilapan dahulu…
Namun hati ini Allah yang pegang…
Siapa sangka..bila2 masa shja aku bole jatuh semula….
T_T

Kembali berfikir…
Mampukah bakal suamiku masuk kedalam keluargaku..
Apa dia sudi menerima keluargaku seadanya mereka…
Apa dia sudi hidup di dalam serba sederhana bersama kami…
Apa dia sudi bersama kami yang serba kurang agama, pangkat, harta mahupun keturunan ini…
Persoalan yang paling penting….
Apakah aku layak buatnya…
Ya Allah…
Sungguh aku takut menghadapi masa hadapan..yang penuh dengan pelbagai persoalan yang jawapannya hanya ada padaMu ya rabbi…

Walau apapun…
Aku masih yakin dan percaya yaAllah..
Bahawa Kau akn member yang terbaek buat diriku…
Namun , aku tetap tidak mampu menipu diri bahawa aku takut menghadapi masa hadapan yang penuh misteri dan rahsiaMu…
Namun begitu..
Ya Allah…
Aku percaya dengan setiap ketentuanMu buatku…
Akan aku hadapi masa hadapan yang Kau takdirkan dengan penuh kekuatan dan kesabarn serta qudrat yang Kau kurniakan…
Aku cume insan biasa yang lemah dan hidup dengan nafas yang Kau beri…denagn itu…segaal yang Kau takdirkn buatku..akan ku terima dengan redha dan penuh kesyukuran…

yaAllah…berikanlah yang terbaik untukku…untuk dunia dan akhiratku…
aminnn ya rabb….

Saturday, July 21, 2012

kenape...kenape...kenapee...!!! T_T

dua ari dirumah suda....ari sebelumnye aku berKPO kat dungun..
seyes best gler aku gtwu..
bukan best sbb byk gelak..
bukan sebab byk mkn...
ataw byk calon suami baek ke kat sne..

tapi sebab..
ade UKhUWWAH yang terbina...
dan ade ukhuwwah yang kian terikat erat...

ukhuwwah tu manis...
semanis rasa madu....
ukhuwwah itu indah...
seindah pelangi setelah hujan...
ukhuwwah itu membahagiakn..
mententermkan...
memberi makna yang amat mendalam di dalam lubuk hati...

tiada siapa yang mampu mengungkap apa erti ukhuwwah yang sebenarnya..
tawu kenapa.
sebab Allah nak kite sendri yang mencari dan merasainya...

ukhuwwah itu akan terasa...
disaat anda ingin menangis apabila melihat juraian airmata di mata sahabat lain..
ia akan menyinar...
disaat anda melihat sahabat gembira dalam kepuasan...


ikhlas dari lubuk hati..
perjalanan dan kehidupan disana..
telah banyak mengajar aku erti ukhuwwah..


nk tawu tak..
sahabat2 persatuan islam baitul hadhari..
jupe pn xpenah..
tapi layanan dan bantuan..
grade A tawu.
aku bg A++
terbaekkk aku ckp..
bygkan je la
da la kite gune masa mereka..
masa kelas..masa mereka blaja..masa free time mereka..
tapi...
atas nama sahabat seperjuangan dalam berdakwah...
sume tu dikorbankan....
ape perasaaan korang..
bile ade antara mereka cakap macam ni..

"tadi balik dari HEP, setlekn polis bantuan untuk explorace antum...ana PONTENG kelass..hehe =)"
reaksi aku: ............................... senyap

"petang ni ade presentation..slide tak siap lagi...tapi xpe, duk ngn sahabat shah alam dlu..bntu2 dlu mne bole..."
reaksi aku: .....................senyap

"esok ade test arab.."
reaksi aku:..............................senyap

...serba salah..serba terharu...menanges dalam hati...

"kenapa antum baekk sgt..."
reaksi mereka: =)..........smile je..

antara ajk2 plak..
pernah terpikir tak yang mereka ni langsung xde ego...
macam aku yg ego tggi nih...aku ngaku betul ni...
tapi mereka yang lain tu.(sahabt pmh), usah kate la diletakkan dalam ajk mane pun...
sampai satu tahap mereka bleh lupekan je mereka ajk ape..
tawu masa bila?
masa sahabat2 lain sibuk dalam kerja2 mereka...
sahabat2 datang membantu menghulurkan tangan...
bukan sorang dua..
tapi semua menghulurkn bantuan..

masa hari first tu...
buku program ilang...
kelam kabut aku...
kene connect internet...
kene download...kene print...
sane ade masalh wifi...
so need broadband!!
ade sahbat menghulur....
membantu dengan bersemanagt...
aku dah down gile mase tu...
takut program malam tu tak jadi...
aduhhh...
tapi muncul beberapa insan mulia membantu...

"tak pe2...biar kite g ambikkn..."

"keyh2...nak ape lagi...."

"nanti kite makan same2...kite siapkn same2..."

kenapee!!!!!!
mengapa antum semua baekkkk gilerr dengan ana yang jahattt nih...
why...why ....why.....
T_T

kenape antum tak putus2 bg aku semangat masa aku down...
kenapa antum  sudi mendengar masalah2 aku...
kenapa  antum  sudi bantu aku masa aku susah...
tolongg la...
jangan wat jiwe aku terharu ....
jangan wat aku sebak...
aku tak tahannn...

antum jahattt...
aku tak pernah doakan org lain...
tapi sekarang kenapa aku tibe rase nak doakan antum lebih dari diri aku
antum jahat...
ana tak pernah buat baekk ngan antum..
kenapa antum baek sgtt ngn ana...
antum jahat...
ana sakitkn ati antum...
tapi antum macam maafkn je ana...
dengan mudah je...
antum jahat...
antum wat ana menanges dalam solat...
antum wat ana menanges rindukn antum...
antum buat ana perit dengan perpisahan kita...
kenapa antum jahat...
bencii...
T_T

pertolongan yang antum bagi...
susuah ana nak jumpe bende macam tu dalam dunia sekarang ni..
antum membantu dengan penuh keikhlasan...
xde merunguttt lansungg!
kenape antum.. kenape...

antum buat aku bertasbih spontan memuji nama Tuhan yang telah menciptakan hati2 antum...
betapa antum punyai jiwa yang murni..yang bersih dan baik..
ikhlas tu bukan perkara mudah...
tapi antum semua memperolehinya..
hebat giler...antum hebat...

malam muhasabah diri tu...
mule tu rase biase je..
sebab bos pun kate..
"ana bukan nak wat nangis ke ape.."
tapi bile masuk bab ukhuwwah...
alamakkk!!
seyes tak leh tahan airmata...
kenape bos....
kenape perlu masuk bab tu...
tahu tak saye ni sensitifff!!
menusuk jiwee ni boss......
huwaa...lemah2 twu tak klu bos sentuh bab tu...
bos pun same...
jahat jugak...
T_T

pernah sekali aku bertafakur sebentar..
"aku ni bukanlah baik...
jahat...hati pun tak bersih...
tapi Allah bagi aku sahabat2 yang baikkk gilerr...
yang ajar aku tentang ukhuwwah..
Allah ni baekk sgtt ngn aku..
padahal aku ni..hrrmm..."
why Allah why...
T_T

ukhuwwah tu..
sesuatu yang hebat...
yang aku tak pernah rase dulu2...
seyes cakap..
aku tak mampu tertahan kalu ade ujian yang menimpa mereka..
biar aku yang diuji..tapi aku tak sanggup melihat mereka diuji...
walau aku tahu..itu takdir ilahi..
tapi seyes aku tak sanggup tgok..
tawu kenapa..
sebab aku sayang mereka sgt2...
lebih dari aku syang diri aku sendrii..
uji aku lebih tak pe..
tak kisah..
aku sakit sorg tak pe..aku pedih sorg tak pe..
asal aku tak lihat kesedihan di mata sahabat2 ku..
tak sanggup...
aku cakp betul ni..
aku tak sanggup.
sekali lagi antum jahat...
antum buat ana rase syg antum lebih dari diri ana sendiri..
antum jahat..
why antum ...why...

buat mereka...
aku bukan sahabat ynag baekk..
kadang2 aku sakitkn hati mereka..
lukakan mereka..
baek dengan kata2 mahupun perbuatan..
aku jahat..seyess..
aku mintak maaf sgt...sgt2...sgt3..taw

and...
special aku nk cakap ni...
"TENKIU KORANG...AKU SAYANG KORANG GILER2"
bukan senang nak cakap bende tu twu tak.
korang la jahat..buat aku cakap...
kenape korang kenapee...!!!T_T










Friday, July 20, 2012

biarkan yang berlalu

"tidak perlu sedih dengan kehilangan semalam,
kerana Allah menjanjikan yang lebih baik dari itu.."

p/s: Allah kan baekkk...^^p


dalam hidup surela ade ujian kan...
semua org akn diuji...
sbb allah kn sayang hamba2nya...
hehe...

dan dalam idup ni...
bukan semua orang sempurna...
ade je mase silam lepass...
mcm aku..
kan..?

idup ni mmg cmtu..
Allah kn da pesan..
ujian tu untuk menguji keimanan kite...
xboleh ckp kite da berimna, selagi tidak diuji..

da surely...
(tak cakap main2 taw..)
setiap ujian tu ade hikmahnye..
bagi banyak gile pengajaran..
banyak gile membina diri kite...

sampai satu tahap..
kau akn rase diri kau semakkin baik..
semakin membangun..

ujian tu bole jadi anugerah..
kalu kite pandai manfaatkn ujian yang allah bg
kalu kite pandai hargai ujian yg diberi..
be strong je..
kalu kate ko nak nanges..
nagess je...
ngadu je pada Dia..
Dia kn selalu mendengar...
24 hours...
bile2 mase je...
ngadu je la ape2...pastu aku jamin gile,
ko akn tenang weyy...

aku cakap bukan sebab aku pandai...
tapi aku pesan untuk diri sendri jugak..
tangan yang menaip dan otak yang menginterpret ni lagi dekat dengan jiwe ni..

aku tawu..
ujian Allah tu samapai sebab Dia nak uji iman aku...
so..
elya..tak payah feeling sangat la...
just be strong...
ko kuat kan..
allah tawu ko mampu..
jadi tak yah rse ko lemah

Allah kan ade...^^
mintak la dari Dia..
Dia kan baik.^^











Sunday, July 15, 2012

kau berakhlak mulia....

"Jika ada perempuan yang meminang lelaki, 
bermakna lelaki itu seorang yang benar2 berakhlak baik 
contoh : seperti Rasulullah S.A.W"


Thursday, July 12, 2012

oh Allah!



bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu karunia Ilahi (dari sujud ke sujud)
bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi
dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih
bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
sesuatu yang indah terlahir dari rasa
dan rasa itu karunia Ilahi
bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
semua rasa itu malu rasa bahagia
takut dan cemburu pun karunia Ilahi
dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih
dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih



wahai Tuhan pemilik hati2 kami...
jika benar dia adalah untukku...
maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
namun jika bukan..
kau redhaknlah hatiku dengan takdirmu..
dan tutuplah pintu hati ini buatnya untuk selama2nya...
kau hapuskn rasa sedih di dalam jiwa ini...
dan aku siap menerima jodohku yg telah ditetapkn olehMu...
kerana aku mengerti,..
Kau sentiasa memberi yang terbaik untukku...
dan cuma Kau yg mngetahui..
apa yang trbaik buat diriku...
wahai Tuhan...
aku ingin menjadi seorg hamba yg sentiasa bersyukur dgn segala limpah kurnia yg Kau berikan..
dan aku cukup malu untuk meminta berlebihan..
sedangkn Aku cuma hamba...
yang seharusnye lebih brsyukur dari meminta...
maka..aku hanya mampu berdoa..
memohon yang terbaikk daripadamu..
ujian jiwa ini amat hebat melanda..
kupohonkan kekuatan untuk menghadapi...
dgrlah bicaraku ya ilahi...

Wednesday, July 11, 2012

Allah as The best Planner...

we keep saying...
"everything is under what He had planned for us..."
yes it so true..
but ...do not forget with the words...:


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)





Tuesday, July 10, 2012

love will come as you give it first to the Creator of the love...


"Give the best to Allah...
then He will make sure that you will deserve for the best too..."
~stop searching, and make Allah as the King of your heart first, then he will give you the best Prince for your heart...insyaAllah

Saturday, July 7, 2012

mencintai Allah itu lebih utama...

Dear Allah...
i don't have to wait for the love quotes from a man that i love..
what i only need to do is approaching You..send my love quotes for You first..
then i believe that You will sent him to me...
in a one fine day...

Allah..please take care of my heart...

so that i will not make dirty on it again..
as what i had done in the past...
please ya Allah....

i'm beg You for a clean heart..

umur sudah masuk 21...da tua kan3...
jadi bisela...
klu cakap bab kawin tu...kan3
haha

naluri insan...
kalu tak jatuh cinta tu mmg bkn insan la jawabnye...
sebab ianye fitrah...
yang ade pada setiap jiwe...

kite same je...
cume cara nak handle tu yang penting...
care nk mengorganisasikn cinta tersebut...
supaya lebih tersusun..

ingat tak lagi cite irma yang baru menikah baru2 ni...
tawu tak yang die jupe suami die mse bertawaf di kaabah..
and suddenly laki tu dtg meminag die mse da balik malaysia...
tapi itulh yg elya dgr...
elya pn tak twu cite sebenar dr mulut irma...

nampak tak ape yg Allah nak tunjuk dari kisah tu...
irma yg dahulunye tak bertudung...
tak menutup aurat...
berlakon dgn lelaki...
couple dgn ....fk.. dan.......na...
dan seterusnye putus...
akhirnye diberi hidayah oleh Allah...
bertudung...ke tanah suci...
alhamdulillah...akhirnye hidayah Allah itu sampai padanya juga...

dan nmpak tak hadiah yang Allah anugerahkn buatnye...
selain dari hidayah tu...
Allah anugerahkn seorg pendamping yg terbaekk untuk dirinya...
jauh lebih baik dari yang pernah die punye sebelum ini...

hebatkn Allah...
baekk kan Allah...

Allah kn pernah berfirman...
jika kite mndekatinye dgn bejalan...
maka Dia akn berlari ke arah kite...

irma dapat yang terbaek dlm hidupnye...
setelah Die memberi yg terbaik kepada Tuhannya...

irma menyerahkn dirinya kepada Ilahi...
maka Allah persembahkan adam yang trbaik untuknye...

jadi itulah sebenarnye...
bila kite nkkn seorg lelaki yang terbaik dalam hidup kita...
bukan kite perlu mncari...
tak perlu...
yang perlu kita buat adalah mendekati ilahi...
dekatkkn diri kita dengan pencipta kita...
cintai pencipta kita dahulu...
maka dia akan turut menghantar orang yang mencintainya juga sebagai pendamping kita...

senag citee...
Allah tu sangatla BAIKKKK!!!!hehe^^


Wednesday, June 27, 2012

skuad penyayang.....T_T


rindunye dengan skuad penyayang..aku rindu dengn barisan mujahid dan mujahidah di hadapan bank islam dataran cendekia...walau kurang mengingati nama antara satu sama lain, namun ikatan ukhuwwah masih tetap terasa...

"kami bersama dalam perjuangan ini.."

rindu dengan mukadimah panjang yang disampaik oleh saudara nasa, ketua exco peneranagn dan informasi pmh, yang disagkakan taujihad... rindu celoteh muslimat, kak sarah dalam bergurau senda di dataran tersebut...rindu dengan gelagat kak salma yang agak kelam kabut mnguruskan muslimat yang ramai di dataran...rindu dengan pengisian dari risalah2 yang diberi....

yela...bile lagi dapat berkumpul ramai2 mcm kat dataran tu kalu bukan masa skuad penyayang...
kalau setakat jupe sahabat2 anggerik, kat kolej pn  bole jupe...
tapi kalau nk kate rindu dengan sahabat2 kolej lain..,masa skuad penyayang la yang paling terbaik...

mula2 dulu aku ingat lagi, masa jdi seki je dalam pmh, namanya bukan skuad penyayang, tapi unit HISBAH...bile dgr je hisbah, huh, getarrr je..mcm unit khas pencegah maksiat uitm...ekeke...

mule2 dlu try la jugak, blaja2 cara nk approach org...nk sampaikn risalah...nak promote pmh...
tapi seyes ckp..smpi sekarang still nervous lagi nk buat...hehee..yela, betul la kate ustaz azhar idrus (my beloved ustaz), 
"nak dakwah ni kene tebal muke..."

jadinye, mmg gtula gamaknye....kite nk approach org..nk cakap pasal islam...nk beritahu mereka tntg islam ni mmg gtula caranye...kene tebalknn muke skit..

dulu, mse tak pandai approach tu, aku penah ikut kak rosma (lup you) dr belakang bawak risalah..kitaorg jalan2 la kat area kolej2 berdekatan....memang aku tgok je cara kak rosma bergerak...

waktu tu, pasangan pertama kitaorg jupe, diorg duk dlm gelap kott! uishh, kak rosma n aku pn dtg dekat la...kak rosma mule la berdialong..
kak rosma: assalamualaikum....maaf la menggangu...berdua je?hehee(dalam senyuman manisnye...)
lelaki: haa..ye..ade ape ye..
kak rosma: owhh...xde ape...saje je...duduk kolej ye..duduk kolej ******* ye..?nama ape...
perempuan.: nur *****
kak rosma: owh....kos gapo...
perempuan: *****
kak rosma: o\sebenarnye kami ni dari ?Persatuan Mahasiswa Hadhari... pernah dengar tak...?
lelaki: owh..tawuu...selalu sangat dengar....
kak rosma: ginilah..kami datang ni bukanla nak ganggu..tapi tak molekla kalau kite lelaki dan perempuan duduk dalam keadaan yang mencurigakan mcam ni...takut jadi fitnah...dop molek la..takut jadi ape2 pula karang....kami menegur ni tanda sayang kat adik2 ni...
lelaki dan perempuan.: ............
kak rosma: ni kami ade risalah nk bagi..nanti baca la ye..kalau2 ade masa...nk duduk berdua bole..tapi jangan kat tempat2 gelap gini...duudk kat tempat ramai org sikit..bagi x jadi fitnah...okeyh..^^
gtula gamaknye....aku memang tabikkk giler dgn keberanian kak rosma...kalau nk diidkutkn,aku tgok muke alki tu pn mcm singa da pn...bole je dia gapai helmet yg kata atas mea tu baling kat kami...tapi kak rosma berani juge kerana Allah untuk approach diorg..bg talk dan tegur, mencegah kemaksiatan yang berlaku...

itulah skuad penyayang...dakwah disampaikn...maksiat dihapuskan kemungkarran dicegah...
tak perlu takut dgn namanye manusia. sebab Allah yang lebih berkuasa. dan kita menjalankn apa yang Dia suruh...

kalau nk diidkutkn, negara lain  di syria, palestin....anak mude sibuk mengagkt senjata berjuang demi menentang musuh islam...yang telah lama bertapak di bumi mereka. beraninya mereka memperjuangkan islam. menyelamatkn al qasa. walau tahu, bile mereka keluar sahaja maut akan menjemput mereka..

malula aku sekiranya aku tak berani berdepan dengan umat islam demi mencegah kemungkaran di depan mata....malula aku sekirenya aku kalah dengan mujahidah2 di sana dalam mengangkat senjata memperjuangkan agama. malula aku sekiranya bende yang aku kire kecil dibandingkn dengan apa yang mereka lakukn disana tidak mampu aku lakukn ...

xde alasan dalam nk menyampaikan dakwah..menyampaikn islam...
yang penting semuanye bermula dri diri kite sendri..mahu tau tidak. itu je... tidak perlu nk berhelah..
tak pandaila...tak sedia lagi la...takutla...
tak perlu,sebab kite yang perlu mulekan dulu.kite yang perlu vberani dulu...

terima kasih sahabat2 di skuad penyayang yang banyak mengajraku erti sebenar sebagai khalifah....uhibbuk fillah....^^

Monday, June 25, 2012

mereka menemukan yang aku sukai...^^



comelll kan..hikhik....itulah teman setia saya di desktop lappy...nmenye iiieyou.. luv her so much (xtwu pn jntn betine, so ikot suke la yerr...^^)... aku sgtt suke dengan kucing.. kn ia juge peliharaan rasulullah...

tapi bukan itu yang nak diceritakan pada ari ini... 
okeyh, mule yer...

ketika berumur 15 tahun...semasa sesi temuduga nak jadi pengawas pembimbing rakan sebaya..cikgu yg temuduga tu tibe2 tanye..
"apa hobi awak..?"
waktu tu aku tercengang!..seyesly cakap...aku memang buntu giler...lastly aku pn jawab...
"saya tak de hobi...."
cikgu tu pun pelik...
"awak xde kesukaan ke..? riadah ke...melukis ke...bace ke...?"
aku geleng kepala...dan jawapanku cume...
"saya suke buat ape yg saya rase seronok...kalau tak seronok saya tak kan buat.."

hahaha...seyes geli hati bile ingat balik saat tu...mule dari saat itulah aku mula mencari2 apa yang aku suke...sampaila bile masuk matrik..aku tetap x twu.. masa kat uitm ni...xde pn solan tu keluar... sampaila stu saat mase pengenalan diri di awal sem 4 nih di hadapan sahabat2 persatuan mahasiswa hadhari...
presiden ku bertanya...
"kesukaan ape..?"
aku tercengang sekali lagi....erkkk...ape yang aku suke???..aku TAK TAHUUU!!!
lalau itulah jawapan yg aku beri....
"saya tak tahu ape yg saya suke...saya suke semua bende kutt..''
presiden aku pn jadi pelikk...

lebih kurang dua kali solan yg same keluar..sampaila mse KPO kat Masjid NEgeri shah alam... solan yg same ditanye dan aku tetap mnjawab soalan yang same...
yang lucunye dan agak mengukir senyuman di bibir adalah apabila aku menerima sekeping nota teguran bertulis...
" kenalpasti kesukaan anda...moga ia dapat digunakan demi dakwah.."
lebih kurang macam tu la...heheee...

dan aku mcm da bole agak je sape yg tulis..

samapai stu ketika... aku terbce tentang perang poster di laman family pmh...aku mule  buat sikit demi sikit poster untuk promote presiden..pastu dtg plak idea utk promote timbalan dan sterusnye majlis tertinggi persatuan..tak lupe juga exco penerangan dan informasi untuk promote skuap penyayang...
semakin galak aku mengedit gamba2 tersebut,...semakin rse seronok dan meluap2 rase gemar memgang tetikus lappy...(my laptop name..)...
dan akhirnye...bru aku sedar... itulah bende yang aku suke buat selama ni... aku suke DESIGNing!!! aku sgt suke dgn photoscape...aku sgt suke dgn powerpoint prsntation ...aku sgtt suke edit mngeditt... dan akhirnye aku jumpe jugakkkk!!!! ape yang dikatakn HOBI...^^ hehehe...terima kasih pmh..sebab menemukan sye dengan hobi saye... saye sygggggg awak semua...!!!!!