Hujan lebat di luar rumah…tanda rahmat Tuhan yg tiada terkiranye…girangnye sang bunga ditaman menerima limpah kurnia dari Ilahi..kegembiraan yang tidak akan mampu diungkap kata mahupun dilihat dengan deria..keindahan dan kebahagiaan dititipkan dari Tuhan memang telah jelas dihadapan mata..namun kita tetap jua menafikan.
Minggu depan aku akan pulang ke kampong halaman. Dalam fikiran aku..huh..entah. mcm2 yg berterbangan. yela..hidup aku ni ibarat semut hitam di batu hitam. Aku lebih suke mengabdikan diri dari pandangan orang.
Dah lama aku x pulang..atas sebab2 tertentu. Pengalaman pahit yang lampau membataskan aku dgn sedara maraku sendiri. Bukan aku tidak menghormati mereka..cume aku terlampau hormat..tapi itulah padahnye, bile kite buat baik, macam2 bende x baik kite dapat balik. Sakit hati, sebal, perit dengan setiap tamparan yang telah diberi. Orang yang aku percaya, mengkhianati aku. Lastnye, habis satu keluarga pandang serong pada aku..dari yang tua..sampaila yang muda. Macamna pulak aku nak berdepan dengan mereka kali ni.
Aku bukan jenis pendendam.
Bukan jenis yang mudah sakit hati.
Cume ape yg dia dah beri, betul2 memilukan diri.
Aku hidup macam orang x punye harga diri.
Aku jadi x betul dan ego sendiri.
Lebih parah bile hidup sendiri aku benci.
Dan bile diri sendiri pun aku dah x sayang lg,
macamna aku nak sayang orang lain pas ni?
Even ahli keluarga sendiri.
bila dah benci pada diri,
mulala nk salahkan takdir ilahi..
itu x kene..ini x kena. Lastly, iman jatuh, hidayah pun lari…
wah…mudahnye syaitan merasuk hati.
Bukan main hebat perdayakan insani.
Hingga terbujur bagai jasad hidup nyawa mati.
Akhirnye, aku jadi insan x kenang budi.
Lupe ape dilangit dan di bumi.
Asal hati puas dengan duniawi.
Puncanya cume dari perkara yang kecil.tapi disebabkan sensitivity
yang meninggi dalam diri,
aku jadi x betul, x sedar diri.
Mudah baran mudah membenci.
Arghhh..perit betul ku rase kini..
padan dengan diri aku sendiri.
Tapi akhirnye, hidayah ALLAH tetap jua mari.
Mengajak aku untuk kembali.
Cume aku masih disini.
Lain yang jiwa aku mahu, tapi lain yang jasad ku laku.
Sebab jasadku bergerak ikot nafsu, bukan akal dan hati aku.
Ape aku boleh buat. Aku dah x kuat.
Aku bukan wanita macam dulu.
Yang memang kebal dek ape jua halangan dan cabaran.
Aku dah lemah..dah sangat2 lemah.
Terjunam sedalam2nye ke lautan punah.
Mencari2 tangan yang sudi menghulur untuk ku gapai dan sambut.
Tapi aku sedar.
Memang x ade tangan2 sebegitu..mahupun tenaga sekuat itu untuk membantu aku kembali ke jalan-NYA.
Akhirnye aku sepi bersendiri.
Menunggu hari demi hari..
menanti minit demi minit…tetap jua tiada yang sudi.
Dalam lain luar lain. Memang itulah aku.
Diluar orang melihat aku dengan penuh kebahagiaan.
Namun didalam, hanya Tuhan yang tahu.
Seumur hidupku, segala kebahagian yang aku kecapi hanyalah palsu.
Cermin diri dari mata dunia je yg aku tahu.
Aku sendiri tidak kenal siapa diri aku.
Kadang2 punya personality yang berbeza2. Aku boleh jadi sangat2 alim dan baik..tapi aku juga boleh jadi seseorang yang amat kejam. Aku tak tahu ape yang aku mahu..
dan aku juga x tahu ape yang aku perlu.
Oleh itu, aku cume berserah pada Tuhan.
Ape sahaja yang DIA tentukan,
perlu ku tempuh dengan ikhlas dan korban.
Sebab aku cuma insan.
Yang memang x layak bantah ape jua cobaan mahupun ujian.
Harus ku terima walau tanpa kerelaan….
Entah sampai bila aku akan terus begini.
Menipu diri untuk kepentingan diri sendiri.
namun..
….. memang inilah hidupku yang tiada makna. …..