Elya termenung
seketika merenung takwim di board meja studynya….
“subhanallah…lagi dua minggu je nak exam…”
minggu depan ada defend tajuk proposal thesis…minggu
kedua pula ade final studio..
then, study week akan bermula dan exam…then TAHUN BARU!!
Yer…itulah sebenarnya ynag dia takutkan…ganjakan
umurnya dari 21 tahun ke 22 tahun…
elya mengetap bibir.
“umur da 22..tapi perangai still mcm budak2…xlame lagi da nak grade…lepas grade?hmmm….”
Kesibukan yang melanda dirinya membuatkan dia lupa
dengan masa yang berlalu. Terasa bagai segalanya berlalu begitu pantas. Perancangannnya
untuk berada di medan dakwah sudah ada. Perancangannya untuk masa hadapan
berada dalam bidang kerja dan mencari duit juga sudah ada..perancangannya untuk
menyambung master juga sudah ada….
Cuma satu yang belum selesai….perancangannya untuk
mendirikan rumah tangga masih kesamaran…
Elya termangu. Tidak tahu lagi apa yang perlu
dilakukan..kisah lampau sudah cukup memberinya pengajaran. Dia suddah takut
untuk memulakn langkah terlebih dahulu dalam soal jodoh.
Mengapa tidak muslimin shaja yang memulakn langkah
mereka….tapi..kalu tunggu muslimin..mestilah lambat..aduhaii….
Tambahan elya sedar..tidak ramai dikalangan
muslimin yang mengenali dirinya. Malah dia sendiri tidak mengenali kebanyakan
muslimin yang ada di dalam medan perjuangan yang sama. Boleh cam muka, tapi
nama memang x kenal. Siapa dan dari mana asal..kos apa..lagikan pula.langsung
tidak dia kenali.
Elya bimbang..jika dalam masa 6bulan ini tiada
lagi yang akan mengkhitbahnya, beerti dia akan meninggalkan bumi university ini
tanpa sebarang ikatan dengan muslimin2 yang ada. Mehnah ujian dan waqi’ diluar
jauh berbeza. Kefahaman dan cara juga mungkin berbeza jika ditakdirkn dia harus
memilih di luar kampus.
Bukan elya tidak pernah menerima lamaran, namun
usai istikharahnya memberi jawapan tidak buat si muslimin. Elya tidak memilih
dari kadar rupa mahupun harta. Yang dia mahu cuma kematangan dan sikap serius
dalam membuat keputusan. Sifat2 kepimpinan untuk menjadi imamnya haruslah ada
pada seorang muslimin tersebut.
Pada pandangan elya….rupa pangkat, darjat mahupun
harta, semuanya boleh diletak kemudian. Apa ynag penting adalah agama. Dan bila
ada agama, haruslah bijak mengamalkannya..elya suka mendengar cerita dikala
Rasullullah memahami isteri2 baginda dalm menguruskan rumah tangga. Elya tahu,
Rasulullah adalah suami yang terbaik dalam berbuat baik kepada isteri2nya.
Elya berpendapat, seorang lelaki itu haruslah
mampu menjadi imamnya. Mampu mengalunkan ayat2 suci al quran yang merdu di
setiap solatnya. Mampu mengajarkan ilmu2 dan dijadikan pusat pertanyaan bagi setiap
kekeliruannya dalam hukum hakam agama tika dalam rumah tangganya nanti. Tanpa seorang
suami ynag berilmu, bagaimana pula nasibanak2nya nanti, bagaimana pula nasib
dirinya pula yang harus keluar mencari ilmu diluar pula. Siapa ynag tidak mahu,
seorang suami yang berada dihadapan, mengajarkan tajwid dan bacaan suci al
quran dengan betul….
Bukan itu sahaja, malah seorang suami itu bukan
sekadar bernama imam didalam solat2nya, namun jua imam untuk seluruh
kehidupannya. Sebaai seorang ketua seharusnya seorang lelaki itu tahu untuk
membuat keputusan. Tahu menilai yang baik dan buruk.malah tidak hanya
meletakkan keputusan tersebut ke tangan orang lain sahaja, dalam erti kata lain
tidak mahu pikir jika ada masalah. Elya cukup pantang dengan golongan yang
hanya tahu menyuruh orang lain melakukan kerja dengan alasan tidak tahu, tidak
pandai. Sifat kepimpinan pula bukan sahaja tahu mebuat keputusan, malah ia
merangkumi sikap amanah, tanggungjawab, bijak berfikir, serius dan matang. Soal
matang bukan soal mainan, elya cukup serius mengenai kematangan. Kematangan itu
bukan sekadar akil baligh, tapi melibatkan cara pemikiran menuju masa hadapn
dan mampu mencari solusi dalam setiap perkara.
Belum masuk matang dalam mencari wang, kerja,
bergaul bersama keluarga dan adik beradik serta saudara maranya…sekiranya tiada
sikap matang dalam urusan kecil, bagaimana seorang lelaki itu mampu untuk
matang berhadapan dengan perkara2 yang lebih besar!!
Itulah perkara yang paling penting, kematangan.
“susahnya nak jumpa lelaki matang zaman sekarang
ni….”
No comments:
Post a Comment