Allah...forgive me always..

Wednesday, December 5, 2012

sambungan siri elya: tahun baru nk dekattt dahhh



Elya termenung seketika merenung takwim di board meja studynya….

“subhanallah…lagi dua minggu je nak exam…”
minggu depan ada defend tajuk proposal thesis…minggu kedua pula ade final studio..

then, study week akan bermula dan exam…then TAHUN BARU!!
Yer…itulah sebenarnya ynag dia takutkan…ganjakan umurnya dari 21 tahun ke 22 tahun…

elya mengetap bibir. 

“umur da 22..tapi perangai still mcm budak2…xlame lagi da nak grade…lepas grade?hmmm….”

Kesibukan yang melanda dirinya membuatkan dia lupa dengan masa yang berlalu. Terasa bagai segalanya berlalu begitu pantas. Perancangannnya untuk berada di medan dakwah sudah ada. Perancangannya untuk masa hadapan berada dalam bidang kerja dan mencari duit juga sudah ada..perancangannya untuk menyambung master juga sudah ada….
Cuma satu yang belum selesai….perancangannya untuk mendirikan rumah tangga masih kesamaran…
Elya termangu. Tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan..kisah lampau sudah cukup memberinya pengajaran. Dia suddah takut untuk memulakn langkah terlebih dahulu dalam soal jodoh. 

Mengapa tidak muslimin shaja yang memulakn langkah mereka….tapi..kalu tunggu muslimin..mestilah lambat..aduhaii….

Tambahan elya sedar..tidak ramai dikalangan muslimin yang mengenali dirinya. Malah dia sendiri tidak mengenali kebanyakan muslimin yang ada di dalam medan perjuangan yang sama. Boleh cam muka, tapi nama memang x kenal. Siapa dan dari mana asal..kos apa..lagikan pula.langsung tidak dia kenali. 

Elya bimbang..jika dalam masa 6bulan ini tiada lagi yang akan mengkhitbahnya, beerti dia akan meninggalkan bumi university ini tanpa sebarang ikatan dengan muslimin2 yang ada. Mehnah ujian dan waqi’ diluar jauh berbeza. Kefahaman dan cara juga mungkin berbeza jika ditakdirkn dia harus memilih di luar kampus. 

Bukan elya tidak pernah menerima lamaran, namun usai istikharahnya memberi jawapan tidak buat si muslimin. Elya tidak memilih dari kadar rupa mahupun harta. Yang dia mahu cuma kematangan dan sikap serius dalam membuat keputusan. Sifat2 kepimpinan untuk menjadi imamnya haruslah ada pada seorang muslimin tersebut. 

Pada pandangan elya….rupa pangkat, darjat mahupun harta, semuanya boleh diletak kemudian. Apa ynag penting adalah agama. Dan bila ada agama, haruslah bijak mengamalkannya..elya suka mendengar cerita dikala Rasullullah memahami isteri2 baginda dalm menguruskan rumah tangga. Elya tahu, Rasulullah adalah suami yang terbaik dalam berbuat baik kepada isteri2nya. 

Elya berpendapat, seorang lelaki itu haruslah mampu menjadi imamnya. Mampu mengalunkan ayat2 suci al quran yang merdu di setiap solatnya. Mampu mengajarkan ilmu2 dan dijadikan pusat pertanyaan bagi setiap kekeliruannya dalam hukum hakam agama tika dalam rumah tangganya nanti. Tanpa seorang suami ynag berilmu, bagaimana pula nasibanak2nya nanti, bagaimana pula nasib dirinya pula yang harus keluar mencari ilmu diluar pula. Siapa ynag tidak mahu, seorang suami yang berada dihadapan, mengajarkan tajwid dan bacaan suci al quran dengan betul….

Bukan itu sahaja, malah seorang suami itu bukan sekadar bernama imam didalam solat2nya, namun jua imam untuk seluruh kehidupannya. Sebaai seorang ketua seharusnya seorang lelaki itu tahu untuk membuat keputusan. Tahu menilai yang baik dan buruk.malah tidak hanya meletakkan keputusan tersebut ke tangan orang lain sahaja, dalam erti kata lain tidak mahu pikir jika ada masalah. Elya cukup pantang dengan golongan yang hanya tahu menyuruh orang lain melakukan kerja dengan alasan tidak tahu, tidak pandai. Sifat kepimpinan pula bukan sahaja tahu mebuat keputusan, malah ia merangkumi sikap amanah, tanggungjawab, bijak berfikir, serius dan matang. Soal matang bukan soal mainan, elya cukup serius mengenai kematangan. Kematangan itu bukan sekadar akil baligh, tapi melibatkan cara pemikiran menuju masa hadapn dan mampu mencari solusi dalam setiap perkara. 

Belum masuk matang dalam mencari wang, kerja, bergaul bersama keluarga dan adik beradik serta saudara maranya…sekiranya tiada sikap matang dalam urusan kecil, bagaimana seorang lelaki itu mampu untuk matang berhadapan dengan perkara2 yang lebih besar!!

Itulah perkara yang paling penting, kematangan. 

“susahnya nak jumpa lelaki matang zaman sekarang ni….”


Tuesday, December 4, 2012

Hakikat Jiwa



Walaupun namanya muslimin, namun mereka tetap lelaki…

Dan jikapun dia muslimah, dia tetap bernama wanita…

Hakikatnya, lelaki dan wanita itu punya naluri yang sama, berdasarkan apa ynag telah difitrahkan keatas diri mereka…

Jadi berhati2lah dikala kita melayani mereka, bergaul dengan mereka…

Bagi seorang Muslimah …janganlah kita sangka, apabila mereka bernama muslimat, maka kita seperti yakin bahawa mereka tidak akan mendapat masalah hati..kononnya hati mereka dijaga…namun tidak ramai muslimin yang menyedari..permasalahan ikhtilat, bual bicara, pergaulan sesame muslimah ini mungkin akan membawa kepada permasalahan hati di jiwa muslimat tersebut…

Bersifat baik itu boleh. Bersifat mengambil berat itu boleh…namun, ianya akan menjadi sesuatu ynag menyakitkan jiwa muslimat tersebut apabila sifat2 yang ditonjolkan itu mula memberi tembakan ke hatinya....

Kesan yang diberi terhasil dari panahan hati dengan kebaikan muslimin itu mengambil berat….baik hati..dan sering membantu dalam permasalahannya, baik dari segi mental, mahupun fizikal…pengorbanannya dalam gerak kerja, sikap ikhlas dan tulusnya dihadapan muslimat tersebut berkemungkinan besar memberi panahan pada jiwa muslimah yang lemah….

Wahai muslimah….jiwa mu itu sungguh rapuh..kau tahu itu…
maka..pastilah ianya akan semakin merapuh dan merekah dengan panahan dari seorang muslimin ke atas dirinya…

wahai muslimin…jagalah bicaramu..jagalah perbuatanmu…jagalah ikhtilatmu dengan seorang muslimah itu…

sering kita dengar nasihat ini dimerata2…namun jarang kita mengambil berat mngenainya….ya allah…

namun bila ia mula memberi impak pada diri kita…barulah kita terasa penyesalannya…

terlajak perahu boleh diundur…terlajak tutur kata dan pergaulan….?hmmm….

wahai muslimin…jika tiada niat dihati ingin memetik muslimat itu..maka jauhkanlah dirimu darinya..kerana dia tidak mampu menjauhkan diri daripada kalian…

wahai muslimin…jika tiada niat untuk memiliki…maka janganlah bersifat terlalu baik dengan muslimah itu…kerana kau sedang bermain dengan jiwanya….

Peliharalah mereka dan kasihanilah mereka sebaiknya….