Allah...forgive me always..

Wednesday, December 5, 2012

sambungan siri elya: tahun baru nk dekattt dahhh



Elya termenung seketika merenung takwim di board meja studynya….

“subhanallah…lagi dua minggu je nak exam…”
minggu depan ada defend tajuk proposal thesis…minggu kedua pula ade final studio..

then, study week akan bermula dan exam…then TAHUN BARU!!
Yer…itulah sebenarnya ynag dia takutkan…ganjakan umurnya dari 21 tahun ke 22 tahun…

elya mengetap bibir. 

“umur da 22..tapi perangai still mcm budak2…xlame lagi da nak grade…lepas grade?hmmm….”

Kesibukan yang melanda dirinya membuatkan dia lupa dengan masa yang berlalu. Terasa bagai segalanya berlalu begitu pantas. Perancangannnya untuk berada di medan dakwah sudah ada. Perancangannya untuk masa hadapan berada dalam bidang kerja dan mencari duit juga sudah ada..perancangannya untuk menyambung master juga sudah ada….
Cuma satu yang belum selesai….perancangannya untuk mendirikan rumah tangga masih kesamaran…
Elya termangu. Tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan..kisah lampau sudah cukup memberinya pengajaran. Dia suddah takut untuk memulakn langkah terlebih dahulu dalam soal jodoh. 

Mengapa tidak muslimin shaja yang memulakn langkah mereka….tapi..kalu tunggu muslimin..mestilah lambat..aduhaii….

Tambahan elya sedar..tidak ramai dikalangan muslimin yang mengenali dirinya. Malah dia sendiri tidak mengenali kebanyakan muslimin yang ada di dalam medan perjuangan yang sama. Boleh cam muka, tapi nama memang x kenal. Siapa dan dari mana asal..kos apa..lagikan pula.langsung tidak dia kenali. 

Elya bimbang..jika dalam masa 6bulan ini tiada lagi yang akan mengkhitbahnya, beerti dia akan meninggalkan bumi university ini tanpa sebarang ikatan dengan muslimin2 yang ada. Mehnah ujian dan waqi’ diluar jauh berbeza. Kefahaman dan cara juga mungkin berbeza jika ditakdirkn dia harus memilih di luar kampus. 

Bukan elya tidak pernah menerima lamaran, namun usai istikharahnya memberi jawapan tidak buat si muslimin. Elya tidak memilih dari kadar rupa mahupun harta. Yang dia mahu cuma kematangan dan sikap serius dalam membuat keputusan. Sifat2 kepimpinan untuk menjadi imamnya haruslah ada pada seorang muslimin tersebut. 

Pada pandangan elya….rupa pangkat, darjat mahupun harta, semuanya boleh diletak kemudian. Apa ynag penting adalah agama. Dan bila ada agama, haruslah bijak mengamalkannya..elya suka mendengar cerita dikala Rasullullah memahami isteri2 baginda dalm menguruskan rumah tangga. Elya tahu, Rasulullah adalah suami yang terbaik dalam berbuat baik kepada isteri2nya. 

Elya berpendapat, seorang lelaki itu haruslah mampu menjadi imamnya. Mampu mengalunkan ayat2 suci al quran yang merdu di setiap solatnya. Mampu mengajarkan ilmu2 dan dijadikan pusat pertanyaan bagi setiap kekeliruannya dalam hukum hakam agama tika dalam rumah tangganya nanti. Tanpa seorang suami ynag berilmu, bagaimana pula nasibanak2nya nanti, bagaimana pula nasib dirinya pula yang harus keluar mencari ilmu diluar pula. Siapa ynag tidak mahu, seorang suami yang berada dihadapan, mengajarkan tajwid dan bacaan suci al quran dengan betul….

Bukan itu sahaja, malah seorang suami itu bukan sekadar bernama imam didalam solat2nya, namun jua imam untuk seluruh kehidupannya. Sebaai seorang ketua seharusnya seorang lelaki itu tahu untuk membuat keputusan. Tahu menilai yang baik dan buruk.malah tidak hanya meletakkan keputusan tersebut ke tangan orang lain sahaja, dalam erti kata lain tidak mahu pikir jika ada masalah. Elya cukup pantang dengan golongan yang hanya tahu menyuruh orang lain melakukan kerja dengan alasan tidak tahu, tidak pandai. Sifat kepimpinan pula bukan sahaja tahu mebuat keputusan, malah ia merangkumi sikap amanah, tanggungjawab, bijak berfikir, serius dan matang. Soal matang bukan soal mainan, elya cukup serius mengenai kematangan. Kematangan itu bukan sekadar akil baligh, tapi melibatkan cara pemikiran menuju masa hadapn dan mampu mencari solusi dalam setiap perkara. 

Belum masuk matang dalam mencari wang, kerja, bergaul bersama keluarga dan adik beradik serta saudara maranya…sekiranya tiada sikap matang dalam urusan kecil, bagaimana seorang lelaki itu mampu untuk matang berhadapan dengan perkara2 yang lebih besar!!

Itulah perkara yang paling penting, kematangan. 

“susahnya nak jumpa lelaki matang zaman sekarang ni….”


Tuesday, December 4, 2012

Hakikat Jiwa



Walaupun namanya muslimin, namun mereka tetap lelaki…

Dan jikapun dia muslimah, dia tetap bernama wanita…

Hakikatnya, lelaki dan wanita itu punya naluri yang sama, berdasarkan apa ynag telah difitrahkan keatas diri mereka…

Jadi berhati2lah dikala kita melayani mereka, bergaul dengan mereka…

Bagi seorang Muslimah …janganlah kita sangka, apabila mereka bernama muslimat, maka kita seperti yakin bahawa mereka tidak akan mendapat masalah hati..kononnya hati mereka dijaga…namun tidak ramai muslimin yang menyedari..permasalahan ikhtilat, bual bicara, pergaulan sesame muslimah ini mungkin akan membawa kepada permasalahan hati di jiwa muslimat tersebut…

Bersifat baik itu boleh. Bersifat mengambil berat itu boleh…namun, ianya akan menjadi sesuatu ynag menyakitkan jiwa muslimat tersebut apabila sifat2 yang ditonjolkan itu mula memberi tembakan ke hatinya....

Kesan yang diberi terhasil dari panahan hati dengan kebaikan muslimin itu mengambil berat….baik hati..dan sering membantu dalam permasalahannya, baik dari segi mental, mahupun fizikal…pengorbanannya dalam gerak kerja, sikap ikhlas dan tulusnya dihadapan muslimat tersebut berkemungkinan besar memberi panahan pada jiwa muslimah yang lemah….

Wahai muslimah….jiwa mu itu sungguh rapuh..kau tahu itu…
maka..pastilah ianya akan semakin merapuh dan merekah dengan panahan dari seorang muslimin ke atas dirinya…

wahai muslimin…jagalah bicaramu..jagalah perbuatanmu…jagalah ikhtilatmu dengan seorang muslimah itu…

sering kita dengar nasihat ini dimerata2…namun jarang kita mengambil berat mngenainya….ya allah…

namun bila ia mula memberi impak pada diri kita…barulah kita terasa penyesalannya…

terlajak perahu boleh diundur…terlajak tutur kata dan pergaulan….?hmmm….

wahai muslimin…jika tiada niat dihati ingin memetik muslimat itu..maka jauhkanlah dirimu darinya..kerana dia tidak mampu menjauhkan diri daripada kalian…

wahai muslimin…jika tiada niat untuk memiliki…maka janganlah bersifat terlalu baik dengan muslimah itu…kerana kau sedang bermain dengan jiwanya….

Peliharalah mereka dan kasihanilah mereka sebaiknya….


Wednesday, October 24, 2012


ya allah....i'm dreaming for a guy that can guide me...make my heart calm always...
keep me in happiness..
bring me together with him until the jannah....

Tuesday, October 16, 2012

suatu hari apabila terjaga dari tidur.....



Terjaga sahaja dari tidur, elya terpana seketika….tapak tangannya diletakkan ke dada.
‘tiada lagi kesakitan…..tiada lagi kedukaan….tiada lagi kepedihan semalam….sepertimya aku sudah pulih ya allah….”

Dia melangkah turun dari katil. Melihat jam di skrin handphond, 5.00pagi…
“masih sempat untuk bertahajud….” Bisik hatinya….

Lalu langkahnya diatur pantas ke bilik air. Mengambil wuduk lalu menyarugkan telekung ke kepala. Sejadah dihampar lalu dia terus menunaikan tahajud…diteruskan dengan sunat taubat…hajat…tasbih dan mengakhiri dengan witir. Hatinya terasa tenag. Lantunan zikir2 mudah terbisik dibibirnya. Jemarinya menolak butiran tasbih satu persatu. Dia istighfar berkali2…bertahmid, bertasbih….

Kepalanya kembali mengingati kesakitan semalam. Masih terasa bias didada rasa perit yang pernah mengcengkam lubuk hati. Tersangat pedih..hanya dia dan Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terpendam dibenaknya. Berhari2 dia menangisi ujian dan keperitan yang melanda. Hingga hampir berputus asa dengan takdir yang telah ditentukan keatas diri.

Usai solat isyak sehari sebelumnya, elya melafazkan doa dengan penuh khusyuk dan seikhlas hati. Memohon yang teramat pinta dari Ilahi.

‘’wahai Tuhan yang memiliki hatiku..Engkaulah yang memelihara jiwa ini. Ya allah….kesakitan hatiku ini teramatlah perit..sehingga saat ini aku masih terasa sakit dan pilu ya Tuhanku…aku bermohon untuk kesekian kalinya ya Allah…jika dia bukanlah milikku..tiada tertulis namanya di Luh Mahfuz buat diriku, maka kau hapuskanlah namanya dijiwaku. Kau hapuskanlah namanya di mindaku. Hilangkan rasa suka dan cinta ini buat dirinya…sesungguhnya aku sudah tidak mampu menahan rasa sakit ini lagi ya allah. Bantulah hambamu yang lemah ini. Sesungguhnya hanya Engkau yang mampu menarik semula rasa cinta yg kau anugerahkan buatjiwa ini dan mngembalikan ketenangan kepadanya kembali…bantulah aku ya Allah…bantulah aku ya Rahim…bantulah aku ya Rahman…..”

Elya tersedar dari lamunan. Azan subuh mengejutkan dia dari mimpi perit semalam. Lantas dia beristighfar panjang. Usai azan, didahulukan solat sunat sebelum subuh , seterusnya barulah dia menunaikan solat subuh. Setelah salam, doa dibaca. Penuh lafaz syukur kerana terasa ketenangan yang dipinta dikurniakan kembali kepada jiwanya. Dia lalu sujud syukur, dengan linangan airmata yang tiada henti. Sejadah yang basah tidak dihiraukan lagi. Elya menangis sepuas hatinya. Tangisan kebahagiaan dan kepuasan, atas nikmat tuhannya. Tidak disangka bahawa allah akan mengabulkan doanya sebegitu cepat.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ujian itu adalah suatu bentuk kasih saying dari Ilahi…Dia yang memberi dan menguji, kerna kasih sayangnya kepada diri kita…setiap orang akan diuji dengan berbeza2 ujiannya. Ada yang diuji dengan kemiskinan, ada yang diuji dengan kemewahan…ada yang diuji dengan kecantikan..ada yang diuji dengan kehodohan…ada yang diuji dengan kekuatan…ada yang diuji dengan kelemahan ….hakikatnya, sememangnya kita akan diuji…semuanya back to ourselves, bagaimana kita mahu melaluinya.

Untuk melalui sebuah ujian, merupakan sesuatu yang pada awalnya kita akan merasakan bahwa ujian tersebut terlalu berat untuk kita tempuhi. Bahkan kita seakan2 merayu kepada Ilahi,

“wahai Tuhan….ujian ini sungguh berat dan aku tidak mampu melepasinya….”

Kita lupa bahwa dengan ayat ni….

“Allah tidak akan membebani sesuatu kaum melebihi kemampuannya…..”

Bila saat ujian itu hadir, barulah kita terasa bahwa perlunya kita meminta tolong dari yang lain…apabila kita tidak mendapat pertolongan dari makhluk…barulah kita sedar bahwa pertolongan yang paling agung dan diperlukan adalah dari Ilahi…subhanallah…
Apabila kita diuji dan berada dlm kesakitan…kadang kita lupa bahwa kita pernah bahagia….kita lebih byk meminta allah menguatkan hati dan sabar dengan ujian yang menimpa kerana hakikatnya kita sukar untuk mengucapkan syukur di atas segala nikmat yang pernah diberi…..kita lupa dengan bahagia dan ketenangan yang pernah allah kurniakan kepada kita, saat kita diuji..bahkan saat diuji itu kita merasakn bahwa allah tidak pernah member nikmatnya kepada kita….kita hanya merasakan bhwa ujian sering melanda diri…

Sedangkan hakikatnya…syukur itu lebih baik dr sabar….

Bersyukurla saat kita diuji…

Apabila diuji…kembali la beristighfar dan mengucapkan Alhamdulillah….kerana sehingga ke hari ini sejak kita dilahirkan Allah tidak putus2 memberi nikmatnya….Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…...

Ujian lah seharusnya yang byk mengajar kita erti untuk bersyukur…erti sabar…erti hidup. Hidup seorang mukmin itu adalah untuk diuji…jika tidak diuji maka apalah erti hiusp sebagai seorang insani….

“ya allah…terima kasih buat segala2nya…..jika dihitung nikmat yang Kau kurniakan kepadaku…maka tidak akan mampu diungkap mahupun dilafaz….lagikan pula dihitung…

Ya allah….terima kasih…terima kasih….”

Dan ingatla suatu apabila ditimpa musibah….

“la tahzan….innallah ha ma ana….”

Janganlah bersedih…sesungguhnya allah bersama kita……:’)


Friday, September 14, 2012

hakikat takdir...sejak azali...


Airmata makin kurang…
Mata da tak bengkak2 da…
Tenkiu allah…
For give back my laugh and my smile…

Even that emotion still unstable…
Either my mood…tak stabil lagi..
But Alhamdulillah…
I still can go through it…

How hard we had been diuji dalam hari2…
Rase syukur tu tetap perlu ade…
Tetap perlu diucap dan dirase….

Yang perlu kita ingat…
Kita hidup ni sebab ape…untuk ape..
Allah idupkan kita adakah untuk kita menagis dan ketawa sahaja?
Of course la tidak my dear…
Kita idup bcoz of ade amanah yang harus kita pikul..

Stupid things if we keep crying…keep feeling with something already happenned in the past..
Kene ingat jugak…amanah dan tanggugjawab untuk dakwah tu masih perlu dijalankan.
Banyak bende kene pikir..banyak bende kene ambik port..banyak bende kene buat..
So, tak perlu nak rase sedih terlalu lame…
Tak perlu la nak tahan makan 2,3 minggu…
Tak perlu la nak duk atas katil menanges atas bantal sampai basah kuyup sebulan dua..
Tak perlu la nak melayan lagu2 jiwang berjam2 depan laptop…

Do you know why??
Bcoz HIDUP PERLU DITERUSKAN!!
That’s the reason…and why people yang memujuk kita keep saying that.
Adakah kita idup hanya untuk menanges  je,..
Adakah idup kita ni hanya untuk ketawa je...
Itu je ke kite as a human ni kene buat…??
tidakkKK!! So ape lagi..bangkitla…keje banyak kat luar sane dowh.
Keje pada Tuhan…
Keje dengan manusia…
Keje untuk diri lagi…
Jangan wat2 lupe plak sebab nak layan sgt perasaan pilu sad tu..

Xde la nak mara kan…tapi kene la sedar dri…nak sedeh2 pun sampai bile. Sampai mati?

Kebyakan dari kite ni sebenarnye susah nak menerima hakikat takdir. Sebb tu bila bende tu da happened kite jadi sgt sedih..sgt pilu…
Bcoz of kita tak redha n pasrah dgn what had happened to us…
Bile x redha tu yang jadi tak bersyukur…

Ingatla satu perkara…
Setiap perkara yang da berlaku..sedang brlaku..dan akan berlaku…
Semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz Allah…
Tarikhnya..harinya…masanya….tercatat dengan sangat lengkap sekali….sejak azali…
Again I said….”sejak AZALI”
Okey,sekrang 10.45,ko tengah taip laptop..
Okeyh esok kul 1 ko meeting,tapi ko tetibe jatuh kat tangga…
Hah1 itu la sejak azali tertulis..even bende2 simple pun still tertulis kat sane…cume kite yang tak tahu…

Sememangnye kite cume hamba..manusia yang Allah cipta sebagai askar2nya untuk menjalankan ape yang tertulis tersebut…
Allah itu Tuhan kite…menciptakan kita…Dia tahu ape yang terbaik untuk kita…
Jangan kita ingat bahawa Allah saje2 tulis takdir kita di Luh Mahfuz tu saje2..suke…exactly not!!
Dia tahu yang trbaik, sebab itu allah aturkan kehidupan kite dengan sangat baik sekali…
Ade sedih..ade pilu…tapi jgn kite lupe…allah ade juge beri bahagia..gembira..namun saat itu tak pula kite bersyukur..bila sakit baru kite nak meminta2…meraung2…time bahagia kite lupe plak…

Sekarang allah bagi sakit…
Esok luse kita tak tahu bahawa yang tertakdir untuk kite tu adalah bahagia yang berpanjangan…
Kita tak tahu..tapi allah tahu…sebab tu kite jangan terlalu sedih..menyalahkan takdir…

Kita cume hamba..kita tak tahu ape yang tercata di Luh Mahfuz tu untuk kita…
Jika benar kita mengaku kita hambanya…Dia tuhan kita..,sepatutnya kita kene banyak bersabar..pasrah..tabah dan redha dengan segala yang telah pun berlaku..
Sebab kita yakin bahawa allah tu yang telah tentukan perkara tersebut kepada kita dengan ade sebab musabab yang kita sendri takkan tahu…
Cume yang perlu kita thu..yakin dan percaya sepenuh hati kita adalah semua itu pasti ade hikmahnya…pasti ade sebbnya…

Selepas kesakitan ini pasti ade bahagia yang menanti…
Kene yakin..kene percaya….
Hati kene kuat…bisikan2 syaitan harus ditepis.

Jangan banyak mepersoalkan kenape begini…kenape begitu happen dlm idup kita...
Again I ask..layakkah kite bertanya..? layakkah…?
Sedangkan taraf kite ni cume hamba je…Dia tu Tuhan..Dia tu yang cipta kita...
Dia yang banyak bagi kite rezeki…nikmat yang melimpah ruah…
Bile baru sikit Dia beri exam..kite da nak rase mcm x adil la…x patutla dbuat itu ini pada diri…sedangkan kita tahu Dia itu tuhan..bukan kawan..bukan musuh…tapi Tuhan yang menciptakan kita..
So, buat ape nak jadi manusia yang tak kenal penciptanya..yang tak cube memahami ape yang Penciptanya cube sampaikan melalui kasih sayangnya pada kita…?

Hurm….pesanan yang panjang ni apepun untuk diri aku sendiri…
Inagtla wahai elya muslimah…
Kau idup sebab Allah…
Dari Dia kau datang…pada Dia juge kau akan kembali…
Kau cume hamba..yang always memerlukan belas kasih dia kalu ko nak syurga dia…




Wednesday, September 12, 2012

Allah..you know i'm in pain...


Mata da bengkak…
Airmata da banayak abis..
Ujian yang ku kira amat berat untuk ku lalui…
Mood da ilang….
Senyuman da pudar…

Aku tahu..
Allah tahu ape yang terbaek untuk aku…
Apa yang aku lalui skrg bukan bende yang x pernah aku rase sebelum ni…
Cuma kali ni ianya lebih sakit…

Sometimes aku geram…
Aku terfikir..
Ape sebenarnya yang allah rencanakan untuk diri aku…
For example la kan…
Kalu kate “elya xpe…ko jatuh atas batu sekarang, tapi jap lagi ade putera raja datang tolong kau”
Makkk aiii!! Memang sah2 la aku tak nanges beriya2! Sebab trfikir ape sebalik kesakitan tersebut

Tapi…
Sekarang ni…kita cume rase ape yang kita sakit..
Tanpa memikirkan ape yang berlaku after that..true kan..
That’s why we keep sad..in pain..keep crying from hour to hour(opps )

Honestly…
I’m not strong enough for this pain.
I need some add of strength.
And you know what the best part during this pain…
I have SAHABAT’s shoulders for landing my head and loudly crying there.
Tenkiu SAHABAT…=]

berat lagi tangisan di hati...~

Memang SAKIT..ketika kita BERHARAP seseorang menemani hidup kita tetapi TAKDIR berkata lain..hanya meninggalkan rasa SAKIT dan pedih..akan tetapi PERCAYALAH, hal itu sesuatu yang TERBAIK dari Allah..kerana sudah jelas, segala kehidupan, PILIHAN..di tentukan oleh yang MAHA KUASA..

Jangan pernah menangis, akibat orang yang kita HARAPKAN tidak selamanya bersama kita..namun MENANGISLAH saat kita lupa

 pada yang Maha Kuasa, segala kesusahah akan HILANG pada waktunya dan akan menimbulkan KEINDAHAN kelak, percayalah pada KebesaranNya..bahawa Allah Maha Tahu, mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya..bahagia BUKAN berada dihujung jalan, tetapi di sepanjang jalan..~

> Seringkali, KECEWA itu hadir..mungkin atau memang kerana kita menaruh harapan BESAR pada manusia, bukan pula pada Allah.. ♥♥

Rupanya LEBIH BERAT menanggung AIR MATA di hati berbanding MENGESAT air mata di pipi..♥

Friday, August 31, 2012

diari elya...

Elya termangu di kerusinya. Perjalanan pulang ke grik dari terengganu mengambil masa 5jam. Kepalanya terasa mabuk dan pening. Kebosanan melanda. Lalu diputarkan lagu UNIC, satu persatu. Earfon di pasang ditelinga dengan cermat, agar auratnya di sebalik tudung labuh hitamnya terjaga rapi dari kacamata lelaki di sebelah kerusi. Sedikit demi sedikit kebosanannya menghilang….beberapa biji gula asam dikunyah utnuk menghentikan mabuknya.
Kepalanya kembali bermain dengan peristiwa beberapa hari sebelum dia melangkahkan kaki ke pondok bukit puteri di jertih,terengganu.

“benarkah keputusanku itu….apa aku tidak salah…?”

Muslimah itu kembali termangu. Letih sekali memikirkan masalah itu. Hatinya semakin berdebar.

“mana mungkin dia akan terima. Mana mungkin…tak mungkin….kenapa aku masih teruskan juga walau aku tahu jawapannya pasti tidak…?Ya Allah…apakah ini ujian buatku…satu lagi ujian hati…ya Allah tolong aku….pelihara ketenangan hatiku…”

takdir Allah tiada yang tahu. Sudah berbulan-bulan dia beristikharah memohon petunjuk. Sudah banyak orang ditanyakan pendapat. Tidak putus-putus bibirnya bermusyawarah, bertanya itu ini. Dengan pelbagai jenis orang. Namun masih belum menemui apa-apa petanda. Hatinya juga berbelah bahagi. Sampai satu ketika, dia terasa kuat untuk meneruskan niatnya.

“jika berterusan begini, hatiku akan makin parah. Lebih baik aku teruskan. Walau jawapannya tidak, sekurang2nya aku akan belajar memelihara dan memulihkan hatiku yang rosak ini kembali. Maafkan aku duhai hati. Sekali lagi kau perlu dilukai…walau pedih yang perlu kau lalui…”

madah untuk memotivasikan diri sentiasa diungkap demi hatinya. Kesian…telah lama hatinya sengsara. Begitu juga dengan matanya..yang telah banyak menitiskan airmata mohon ketenangan buat hatinya. Elya tahu, Tuhan itu akan menguji hamba2nya. Tanda cinta dan sayang. Dan pastilah akan menguji dengan sesuatu yang paling dia takuti,iaitu jatuh hati!

“itulah…tak jaga mata lagi, kan dah rosak hati…padan muka kau elya”

elya menghembuskan nafas dengan lemah. Airmatanya mula membanjiri pipi. Terasa sesalan di dalam dada. Apa agaknya yang dipikir muslimin itu pada dirinya. Erghh.dia semakin takut menghadapi hari2 mendatang. Namun kadang terasa tidak sabar untuk mendengar jawapan TIDAK, kerana dia tahu, jika itu jawapannya, dia akan berhenti memikirkan masalah yang melanda hari harinya itu.

Ketenagannya diragut kerana zina hati. Dia mula mengawalnya dengan baik. Istikharah dari malam ke malam. Solat taubat di selangi dari hari ke hari. Bibirnya tidak putus2 mengugkapkan zikir memohon ketenangan dari Pemilik hati2 si hamba.  Tiada apa lagi yang mampu dia lakukan melainkan mengadu kepada yang Esa…
“ya Allah….jika benar dia milikku, tercatat namanya di Luh Mahfuz untukku…maka kau permudahkanlah urusan ini bagi kami..namun Ya Allah..jika dia bukan untukku..namanya tidak tercatat di Luh Mahfuz untukku, maka kau palingkan dia dariku..dan palingkan aku darinya..dan kau berilah pengganti yang lebih baik…sesungguhnya engkaulah yang mengetahui apa yang ghaib. Aku serahkan segalanya kepadamu …dan aku redha dengan segala ketentuanmu..berilah yang terbaik kepada Kami menurutmu…”

Elya membuka lembaran diari…ditulisnya semahu mungkin apa yang beserabut menyeliputi hati. Airmatanya masih belum berhenti. Hatinya pedih. Jiwanya lemah. Batinnya terseksa. Masalh hati bukan masalah yang mudah. Dia semakin takut…semakin berdebar. Kalau boleh dia tidak mahu lagi diuji dengan zina hati. Namun itulah pilihan dan takdir Ilahi sejak azali terulis untuknya. Dia harus menghadapi walau berat. Alalh tahu muslimah itu pasti mampu mengahdapinya. Jika sebelum itu dia mmapu, pasti kali ini juga boleh.

“Allah tidak akan membebani sesuatu kaum melebihi apa yang dia termampu…”
jemarinya mengusap airmata di pipi. Pasti basah lembaran diari jika tidak dihentikan airmata yang mengalir. Semakin ingin dia tulis, semakin tidak dia mmapu. Jemarinya makin lemah. Dia sendiri keliru apa yang harus ditulis. Kacau bilau hati dan fikirannya.
Muslimah itu menutup lembaran diari. Menyimpan dan menggapai terjemahan al quran di dalam tasnya. Menyambung kembali juz yang ditanda. Moga itu lebih menenangkan hati. Lama dia menatap al quran itu. Tanpa menyedari perjalanan semakin singkat.

“Gerik!!Gerik!!”pekikan konduktor bus mematikan kusyuknya. Dengan pantas dia memperkemaskan tasnya. Menggapai beg dan menuruni anak tangga transnasional itu. Tangannya ligat menaip nombor rumah di handfon.

“adik…cakap kat ayah akak da sampai kat stesen bus pekan. Jemput kat sini taw..”ringkas saja pesanan.

Beberapa minit kemudian sebuah van biru sampai. Elya naik. Suasana senyap sahaja antara dia dan ayahnya…bukan hal yang pelik tapi perkara biasa.. Kurang sekali bicara anak beranak itu.
Sampai di rumah ibunya sudah berada di depan muka pintu. Lalu dia mauk memberi salam dan mencium tangan si ibu. Lalu membawa diri ke katil yang berada di runag tamu kedua. Elya memang tidak tidur didalam bilik. Rumah kecil itu cuma ada dua buah bilik. Satu kamar didiami oleh ibunya, ayah dan adik lelakinya. Manakala satu lagi kakak ipar dan abang ngahnya yang baru bernikah beberapa bulan lalu mendiami. Namun elya tidak kisah. Lagipun dia tidak kerap berada di rumah. Pengajian di university, pengajian di pondok, urusan dakwah di kolej mebuntukan dia untuk selalu keluar dari rumah kecil itu. Jika berada dirumah pun tidak ada apa yang dia dapat lakukan. Dia akan bosna. Kadangkala sahaja dia membantu si ibu di pagi hari menjual nasi lemak. Itupun kudratnya tidak dperlukan sangat memamandangkan kakak iparnya sudah banyak membantu.  
Elya melihat jam di dinding. Jarum jam menghampiri angka 3. Dia masih belum menunaikan solat zuhur. Lalu melangkahkan kaki menuju ke bilik air. Tiba2 dia terhenti, terdengar bicara kedua orang tuanya…

“lusa si elya dah nak masuk u…abang dah tak kerja, elya tu pengajiannya nak duit bang…banyak pakai duit….setakat duit nasi lemak kita tak banyak yang dapat…tambah ptptn elya tak ambil…”

muslimah itu melangkahkan kaki ke bilik air…dia tahu ayahnya sudah tidak bergaji. Dia tahu kudrat ibunya juga tidak kuat. Kaki si ibu tidak baik2 sejak sakit. Entah apa puncanya. Kata doctor sakit lutut. Sudah puas berubat ke sana ke mari namun tiada kesan. Ubat2 juga dah banyak ditelan. Beratus2 duit habis membiayai ubat si ibu. Namun tiada perubahan berlaku.


dia meneruskan langkah kaki. Hatinya tidak tenang. Belum cukup masalah hatinya selesai, kini timbul lagi ujian buat keluarga .
Usai solat zuhur, dia meneruskan zikir dan doa…..
“wahai Tuhan yang maha berkuasa…ampuni dosa kedua orang tuaku. Limpahkan rezekimu kepada mereka ya Allah…permudahkan urusan mereka didunia mahupun di akhirat…”

doa yang ringkas itu diucap. Dia semakin sedih memikirkan nasib keluarga. Yuran pengajian sebanyak RM740 mengusustkan pemikiran. Simpanannya tidak sampai setara mana. Hasil duit kerjanya di taska shah alam hanya beberapa ratus. Malah tidak mencukupi. Simpanan utnuk masa depan juga harus diambil kira.
“Ya Allah…ujianmu pasti untuuk menguatkan hamba2nya…sabar elya..sabar….”

bersambung…

Thursday, August 16, 2012

ianya rahsia ilahi....T_T

Jodoh itu rahsia Allah. Banyak kisah kita dengar. Ada yang musuh ketat dari kecil tapi akhirnya jatuh cinta dan berkahwin. Ada yang bercouple 8 tahun lamanya, akhirnya clash dan berkahwin dengan orang lain yang baru beberapa minggu kenal. Ada yang berkahwin baru beberapa hari kemudian bercerai dan berkahwin dengan orang lain lalu kekal hingga sekarang. Macam-macam.



Justeru kalau berdoa, pohonlah seseorang yang soleh dan solehah sebagai jodoh kita. Jangan terlalu mengharap dan mendamba seseorang yang tertentu semata-mata. Kadang-kadang aturan Allah nampak sedih pada zahirnya, namun hakikatnya bahagia kekal hingga ke hujung usia




Ya Allah, yang menjaga luh mahfuz, jodohku telah Kau tetapkan di sana, siapa orangnya, bila masanya,dan bagaimana ia di langsungkan,ia telah Kau catatkan dalam kalam Mu. Kurniakanlah daku seseorang yang boleh meneteramkan jiwaku.



Saban hari ku menitipkan doa….agar suatu saat nanti aka nada sekeping hati yang sudi menerima diri ini…memimpin jemariku melangkah medan dakwah hingga ke jannah…
aku menanti imamku yang akan menjadi penyejuk mata dan jiwa…yang akan melafazkan kata2 indah lantunan ayat-ayat suci al quran dihadapanku saat ku menghadap ilahi….
Siapa yang tidak mahu bernikah…mendirikan rumah tangga…membina mahligai bahagia bersama disamping membina keluarga islam demi membentuk generasi hadapan yang soleh dan solehah…
Persoalan yang sering tidak mampu dijwab oleh akal manusia yang cuma hamba ciptaaan Ilahi,
“bilakah saatnya kan tiba..?”
Percaya atau tidak..persoalan itu sering kali timbul di benak kita..ada diantara kita mampu mengawalnya dengan kuat berpegang bahawa itulah rahsia Ilahi..jodoh itu satu rahsia…sebagaimana rezeki kita…tidakkah Allah itu sweet…? merahsiakan sesuatu yang amat besar dan bermakna bagi seorang hambanya…
Aku tidak pandai memberi nasihat didalam hal2 penting sebegini…sekadar menyuarakn pandangan yang tidak seberapa..aku akui akan kekurangan diriku yang agak lemah dalam menyampaikn dakwah..namun insyaAllah aku kan terus berusaha demi menjadi khalifah dibumi yang menyambung perjuangan rasulku yang tercinta….
Adakalanya hati kita ini terlalu lemah dan mudah untuk jatuh hati…bermulanya dari pandangan mata yang tidak ditundukkan..maka parahla jiwa kiranya umat akhir zaman seperti kita ini tidak berwaspada dengan amaran Allah yang berbunyi…

"Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang beriman, hendaklah mereka menahan/menundukkan pandangan (atau mata) mereka (daripada melihat wanita yang tidak halal) dan hendaklah mereka memlihara/menjaga kemaluan-kemaluan mereka (daripada zina dan liwat), demikianlah lebih suci/baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dikerjakan mereka."
Pencipta kita tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita..namun sebagai hamba kadangkala kita sombong untuk menyelami maksud tersirat dan patuh pada suruhanNya..walau dalam hal2 yang kita Nampak remeh seperti ini…sedangkan hakikatnya,ianya hal yang sangat penting,apabila dianggap sesuatau yang simple, and we keep saying…
“owhh…aku xdak masalah..aku still ley control hati aku kot..”
Jangan kita merasa ego,sombong dengan kata2 kita, kepercayaan kita..hakikatnya Allah itu lebih Mengetahui..Dia Maha Mengetahui.ingatla bahawa yang memegang hati ini dan pemiliknya bukan kita tapi Allah..bila2 masa sahaja Dia mampu mengubahnya…
Menundukkan pandangan itu amat perlu..tambahan lagi bagi mereka yang berada di medan dakwah…aku berada dalam sebuah medan yang memerlukan diri untuk berinteraksi dan berurusan dengan bukan mahramku..dalam sebuah organisasi yang memerlukan diri untuk banyak berkomunikasi dengan mereka..dan aku tidak mampu lari dari keadaan tersebut. Truly said, its so hard for me…
Aku seorang wanita yang berjiwa lemah….terutama dalam menjaga pandangan, menjaga bicara, pergaulan, ikhtilat dan sebagainya…ianya memrlukan suatu kesabaran dan kekuatan  dalaman, hati, jiwa rohani yang sangat kuat….bak kata seorang sahabat…
“hati kena kering ukhti…^^”
Huuu…kena kering weyh…buat mcm xdak perasaan kat muslimin…but! Itu bukan bende mudah.ianya memerlukan kekuatan. Seyesly.
Bila jupe, kene tunduk banyak…
Bila cakap kene keraskn sikit suara….
Bila interaksi, kene budget masa, singkatkan perbualan…
Bila nak jupe kene cari partner, xley duk dlm keadaan khalwat…

Islam dah didik kita cane nak buat..nampak berat..tapi itulah yang telah islam ajar dalam menjaga ikhtilat diantara lelaki dan perempuan…tambah2 wanita ini sering menjadi fitnah bagi lelaki di akhir zaman….tidak takutkah kita kiranya menjadi fitnah bagi mereka..tdk kasihankah kita pada para mujahid yang kuat bertempur di medan dakwah yang terpaksa menjadi bahan fitnah kita…tidak malukah kita sebagi seorang wanita yang menjadi fitnah kepada seorang lelaki….
Sabda Nabi s.a.w;
” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kamu selepas pemergianku melainkan fitnah kaum wanita “[ H.R Bukhari ]

Oleh itu…dalam bergelar mujahidah, begelar seorang daie…menjaga hati merupakan suatu perkara yang sangat penting..kerana jiwa yang memgang amanah dan dakwah di medan juang, tidak boleh dicemari dan dikotori…
Bukan kata kita tidak boleh untuk terjatuh cinta/ terjatuh hati dalam berorganisasi…cinta itu suatu fitrah manusia..tiada msalah untuk kita jatuh hati dengan sesiapapun…namun, kita perlu tahu bagaimana caranya untuk menguruskn rasa cinta itu dengan sebaiknya…
Apabila berda dalam sebuah organisasi, yang melibatkan kita untuk berikteraksi dengan muslimin, sebaiknya peliharalah diri kita dari pelbagai sisi..agar kita tidak mudah jatuh dengan duri2 syaitan dan bisikan nafsu iblis yang sering menyesatkan manusia…namun jika kata kita telah cuba memliharanya sebaik mungkin, dan ia terjadi juga,mohonlah pertolongan dan keampunan Allah….moga ianya benar tidak sengaja…
Jiwa yang membawa amanah dakwah seringkali akan diuji Ilahi…yang penting kita harus tahu mengawalnya…
Jika kata jatuh cinta juga ketika berda dalam organisasi, istikharahla…seminggu..dua minggu..sebulan dua bulan..selama mana mungkin dan carilah jawapan apakah benar rasa hatimu itu…
Tanya pada diri….”mengapa aku mahukan dia sebagai suamiku….?”
Perlu ada alasan yang kukuh…bukan sekadar rasa kagum, rasa terpikat dengan ketampanannya..rasa terpikat dengan karekternya sahaja…
Ingatla bahawa perkahwinan itu melibatkan pembinaan sebuah keluarga islam….ianya merupakan satu amanah yang berat yang harus dipikul, iaitu dalam membentuk sebuah keluarga islam, keluarga sakinah. Demi melahirkan generasi pemimpin yang akan menyambung perjuangan ini. Perkahwinan bukan sekadar suka sama suka, cinta sama cinta..ianya satu lagi medan yang perlu kita lalui demi perjuangan…amanah dalam mendidik zuriat yang bakal dilahirkan untuk menjadi solah dan solehah…
Istikaharah sebaiknya..jika sudah ditemui petunjuk, yang datang sepanjang masa istikharah, maka buatla pilihan, untuk meneruskn dengan baitul muslim atau melepaskan perasan kita kepada ilahi…
Jika kata benar dia untuk kita..jodoh kita, pasti Allsh akan mempermudahkan jalan untuk kita berbaitul muslim dengannya…namun jika tidak, maka redha dan relakanlah hati anda untuk melepaskannya…
Lepaskan dia kepada Allah..dan lepaskan juga dirimu kepada Allah…
Ianya sesuatu yang perit untuk kita hadapi..tambahan lagi kita sedang dalam sebuah medan yang sama sepertinya..kita akan berjumpanya, terlihatnya..malah mungkin melibatkan interaksi dengannya secara sengaja mahupun tidak..namun tetap perlu cekal dan kuat…
Seperti dalam doa istikharah yang sering kita lafazkn di dalam solat istikharah…
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
Moga Alalh menggantikan yang lebih baik dari apa yang telah kita hilang itu…percayala bahawa apa yang telah berlaku itu ade hikmahnya…anggapla ianya cumalah satu ujian dalam kita berdakwah dan bergerak kerja di medan juang ini..
Allah itu sayang akan hambanya…kerana itula dia menguji sedikit hambanya itu, sesuatu yang tidak melebihi kemampuan mereka…percaya dan yakinlah, bahawa kita mmapu mengharunginya dengan baik…kuatkn kembali jiwa kita dengan menjadi lebih focus kepada dakwah. Sibukkan diri dengan sesautu yang lebih bermanfaat dari melayan rasa pilu dan sedih utnuk kehilangannya….di awalnya sememangnye susah untuk menempuhi hari2 yang pedih dan pilu untuk menerima hakikat bahawa dia bukan jdoh kita, namun lama kelamaan pasti kita bole melupakannya dan mengharungi hari2 dengan rasa lebih tenang, aman dan bahagia… insya Allah….