Allah...forgive me always..

Friday, August 31, 2012

diari elya...

Elya termangu di kerusinya. Perjalanan pulang ke grik dari terengganu mengambil masa 5jam. Kepalanya terasa mabuk dan pening. Kebosanan melanda. Lalu diputarkan lagu UNIC, satu persatu. Earfon di pasang ditelinga dengan cermat, agar auratnya di sebalik tudung labuh hitamnya terjaga rapi dari kacamata lelaki di sebelah kerusi. Sedikit demi sedikit kebosanannya menghilang….beberapa biji gula asam dikunyah utnuk menghentikan mabuknya.
Kepalanya kembali bermain dengan peristiwa beberapa hari sebelum dia melangkahkan kaki ke pondok bukit puteri di jertih,terengganu.

“benarkah keputusanku itu….apa aku tidak salah…?”

Muslimah itu kembali termangu. Letih sekali memikirkan masalah itu. Hatinya semakin berdebar.

“mana mungkin dia akan terima. Mana mungkin…tak mungkin….kenapa aku masih teruskan juga walau aku tahu jawapannya pasti tidak…?Ya Allah…apakah ini ujian buatku…satu lagi ujian hati…ya Allah tolong aku….pelihara ketenangan hatiku…”

takdir Allah tiada yang tahu. Sudah berbulan-bulan dia beristikharah memohon petunjuk. Sudah banyak orang ditanyakan pendapat. Tidak putus-putus bibirnya bermusyawarah, bertanya itu ini. Dengan pelbagai jenis orang. Namun masih belum menemui apa-apa petanda. Hatinya juga berbelah bahagi. Sampai satu ketika, dia terasa kuat untuk meneruskan niatnya.

“jika berterusan begini, hatiku akan makin parah. Lebih baik aku teruskan. Walau jawapannya tidak, sekurang2nya aku akan belajar memelihara dan memulihkan hatiku yang rosak ini kembali. Maafkan aku duhai hati. Sekali lagi kau perlu dilukai…walau pedih yang perlu kau lalui…”

madah untuk memotivasikan diri sentiasa diungkap demi hatinya. Kesian…telah lama hatinya sengsara. Begitu juga dengan matanya..yang telah banyak menitiskan airmata mohon ketenangan buat hatinya. Elya tahu, Tuhan itu akan menguji hamba2nya. Tanda cinta dan sayang. Dan pastilah akan menguji dengan sesuatu yang paling dia takuti,iaitu jatuh hati!

“itulah…tak jaga mata lagi, kan dah rosak hati…padan muka kau elya”

elya menghembuskan nafas dengan lemah. Airmatanya mula membanjiri pipi. Terasa sesalan di dalam dada. Apa agaknya yang dipikir muslimin itu pada dirinya. Erghh.dia semakin takut menghadapi hari2 mendatang. Namun kadang terasa tidak sabar untuk mendengar jawapan TIDAK, kerana dia tahu, jika itu jawapannya, dia akan berhenti memikirkan masalah yang melanda hari harinya itu.

Ketenagannya diragut kerana zina hati. Dia mula mengawalnya dengan baik. Istikharah dari malam ke malam. Solat taubat di selangi dari hari ke hari. Bibirnya tidak putus2 mengugkapkan zikir memohon ketenangan dari Pemilik hati2 si hamba.  Tiada apa lagi yang mampu dia lakukan melainkan mengadu kepada yang Esa…
“ya Allah….jika benar dia milikku, tercatat namanya di Luh Mahfuz untukku…maka kau permudahkanlah urusan ini bagi kami..namun Ya Allah..jika dia bukan untukku..namanya tidak tercatat di Luh Mahfuz untukku, maka kau palingkan dia dariku..dan palingkan aku darinya..dan kau berilah pengganti yang lebih baik…sesungguhnya engkaulah yang mengetahui apa yang ghaib. Aku serahkan segalanya kepadamu …dan aku redha dengan segala ketentuanmu..berilah yang terbaik kepada Kami menurutmu…”

Elya membuka lembaran diari…ditulisnya semahu mungkin apa yang beserabut menyeliputi hati. Airmatanya masih belum berhenti. Hatinya pedih. Jiwanya lemah. Batinnya terseksa. Masalh hati bukan masalah yang mudah. Dia semakin takut…semakin berdebar. Kalau boleh dia tidak mahu lagi diuji dengan zina hati. Namun itulah pilihan dan takdir Ilahi sejak azali terulis untuknya. Dia harus menghadapi walau berat. Alalh tahu muslimah itu pasti mampu mengahdapinya. Jika sebelum itu dia mmapu, pasti kali ini juga boleh.

“Allah tidak akan membebani sesuatu kaum melebihi apa yang dia termampu…”
jemarinya mengusap airmata di pipi. Pasti basah lembaran diari jika tidak dihentikan airmata yang mengalir. Semakin ingin dia tulis, semakin tidak dia mmapu. Jemarinya makin lemah. Dia sendiri keliru apa yang harus ditulis. Kacau bilau hati dan fikirannya.
Muslimah itu menutup lembaran diari. Menyimpan dan menggapai terjemahan al quran di dalam tasnya. Menyambung kembali juz yang ditanda. Moga itu lebih menenangkan hati. Lama dia menatap al quran itu. Tanpa menyedari perjalanan semakin singkat.

“Gerik!!Gerik!!”pekikan konduktor bus mematikan kusyuknya. Dengan pantas dia memperkemaskan tasnya. Menggapai beg dan menuruni anak tangga transnasional itu. Tangannya ligat menaip nombor rumah di handfon.

“adik…cakap kat ayah akak da sampai kat stesen bus pekan. Jemput kat sini taw..”ringkas saja pesanan.

Beberapa minit kemudian sebuah van biru sampai. Elya naik. Suasana senyap sahaja antara dia dan ayahnya…bukan hal yang pelik tapi perkara biasa.. Kurang sekali bicara anak beranak itu.
Sampai di rumah ibunya sudah berada di depan muka pintu. Lalu dia mauk memberi salam dan mencium tangan si ibu. Lalu membawa diri ke katil yang berada di runag tamu kedua. Elya memang tidak tidur didalam bilik. Rumah kecil itu cuma ada dua buah bilik. Satu kamar didiami oleh ibunya, ayah dan adik lelakinya. Manakala satu lagi kakak ipar dan abang ngahnya yang baru bernikah beberapa bulan lalu mendiami. Namun elya tidak kisah. Lagipun dia tidak kerap berada di rumah. Pengajian di university, pengajian di pondok, urusan dakwah di kolej mebuntukan dia untuk selalu keluar dari rumah kecil itu. Jika berada dirumah pun tidak ada apa yang dia dapat lakukan. Dia akan bosna. Kadangkala sahaja dia membantu si ibu di pagi hari menjual nasi lemak. Itupun kudratnya tidak dperlukan sangat memamandangkan kakak iparnya sudah banyak membantu.  
Elya melihat jam di dinding. Jarum jam menghampiri angka 3. Dia masih belum menunaikan solat zuhur. Lalu melangkahkan kaki menuju ke bilik air. Tiba2 dia terhenti, terdengar bicara kedua orang tuanya…

“lusa si elya dah nak masuk u…abang dah tak kerja, elya tu pengajiannya nak duit bang…banyak pakai duit….setakat duit nasi lemak kita tak banyak yang dapat…tambah ptptn elya tak ambil…”

muslimah itu melangkahkan kaki ke bilik air…dia tahu ayahnya sudah tidak bergaji. Dia tahu kudrat ibunya juga tidak kuat. Kaki si ibu tidak baik2 sejak sakit. Entah apa puncanya. Kata doctor sakit lutut. Sudah puas berubat ke sana ke mari namun tiada kesan. Ubat2 juga dah banyak ditelan. Beratus2 duit habis membiayai ubat si ibu. Namun tiada perubahan berlaku.


dia meneruskan langkah kaki. Hatinya tidak tenang. Belum cukup masalah hatinya selesai, kini timbul lagi ujian buat keluarga .
Usai solat zuhur, dia meneruskan zikir dan doa…..
“wahai Tuhan yang maha berkuasa…ampuni dosa kedua orang tuaku. Limpahkan rezekimu kepada mereka ya Allah…permudahkan urusan mereka didunia mahupun di akhirat…”

doa yang ringkas itu diucap. Dia semakin sedih memikirkan nasib keluarga. Yuran pengajian sebanyak RM740 mengusustkan pemikiran. Simpanannya tidak sampai setara mana. Hasil duit kerjanya di taska shah alam hanya beberapa ratus. Malah tidak mencukupi. Simpanan utnuk masa depan juga harus diambil kira.
“Ya Allah…ujianmu pasti untuuk menguatkan hamba2nya…sabar elya..sabar….”

bersambung…

No comments: