Allah...forgive me always..

Friday, August 31, 2012

diari elya...

Elya termangu di kerusinya. Perjalanan pulang ke grik dari terengganu mengambil masa 5jam. Kepalanya terasa mabuk dan pening. Kebosanan melanda. Lalu diputarkan lagu UNIC, satu persatu. Earfon di pasang ditelinga dengan cermat, agar auratnya di sebalik tudung labuh hitamnya terjaga rapi dari kacamata lelaki di sebelah kerusi. Sedikit demi sedikit kebosanannya menghilang….beberapa biji gula asam dikunyah utnuk menghentikan mabuknya.
Kepalanya kembali bermain dengan peristiwa beberapa hari sebelum dia melangkahkan kaki ke pondok bukit puteri di jertih,terengganu.

“benarkah keputusanku itu….apa aku tidak salah…?”

Muslimah itu kembali termangu. Letih sekali memikirkan masalah itu. Hatinya semakin berdebar.

“mana mungkin dia akan terima. Mana mungkin…tak mungkin….kenapa aku masih teruskan juga walau aku tahu jawapannya pasti tidak…?Ya Allah…apakah ini ujian buatku…satu lagi ujian hati…ya Allah tolong aku….pelihara ketenangan hatiku…”

takdir Allah tiada yang tahu. Sudah berbulan-bulan dia beristikharah memohon petunjuk. Sudah banyak orang ditanyakan pendapat. Tidak putus-putus bibirnya bermusyawarah, bertanya itu ini. Dengan pelbagai jenis orang. Namun masih belum menemui apa-apa petanda. Hatinya juga berbelah bahagi. Sampai satu ketika, dia terasa kuat untuk meneruskan niatnya.

“jika berterusan begini, hatiku akan makin parah. Lebih baik aku teruskan. Walau jawapannya tidak, sekurang2nya aku akan belajar memelihara dan memulihkan hatiku yang rosak ini kembali. Maafkan aku duhai hati. Sekali lagi kau perlu dilukai…walau pedih yang perlu kau lalui…”

madah untuk memotivasikan diri sentiasa diungkap demi hatinya. Kesian…telah lama hatinya sengsara. Begitu juga dengan matanya..yang telah banyak menitiskan airmata mohon ketenangan buat hatinya. Elya tahu, Tuhan itu akan menguji hamba2nya. Tanda cinta dan sayang. Dan pastilah akan menguji dengan sesuatu yang paling dia takuti,iaitu jatuh hati!

“itulah…tak jaga mata lagi, kan dah rosak hati…padan muka kau elya”

elya menghembuskan nafas dengan lemah. Airmatanya mula membanjiri pipi. Terasa sesalan di dalam dada. Apa agaknya yang dipikir muslimin itu pada dirinya. Erghh.dia semakin takut menghadapi hari2 mendatang. Namun kadang terasa tidak sabar untuk mendengar jawapan TIDAK, kerana dia tahu, jika itu jawapannya, dia akan berhenti memikirkan masalah yang melanda hari harinya itu.

Ketenagannya diragut kerana zina hati. Dia mula mengawalnya dengan baik. Istikharah dari malam ke malam. Solat taubat di selangi dari hari ke hari. Bibirnya tidak putus2 mengugkapkan zikir memohon ketenangan dari Pemilik hati2 si hamba.  Tiada apa lagi yang mampu dia lakukan melainkan mengadu kepada yang Esa…
“ya Allah….jika benar dia milikku, tercatat namanya di Luh Mahfuz untukku…maka kau permudahkanlah urusan ini bagi kami..namun Ya Allah..jika dia bukan untukku..namanya tidak tercatat di Luh Mahfuz untukku, maka kau palingkan dia dariku..dan palingkan aku darinya..dan kau berilah pengganti yang lebih baik…sesungguhnya engkaulah yang mengetahui apa yang ghaib. Aku serahkan segalanya kepadamu …dan aku redha dengan segala ketentuanmu..berilah yang terbaik kepada Kami menurutmu…”

Elya membuka lembaran diari…ditulisnya semahu mungkin apa yang beserabut menyeliputi hati. Airmatanya masih belum berhenti. Hatinya pedih. Jiwanya lemah. Batinnya terseksa. Masalh hati bukan masalah yang mudah. Dia semakin takut…semakin berdebar. Kalau boleh dia tidak mahu lagi diuji dengan zina hati. Namun itulah pilihan dan takdir Ilahi sejak azali terulis untuknya. Dia harus menghadapi walau berat. Alalh tahu muslimah itu pasti mampu mengahdapinya. Jika sebelum itu dia mmapu, pasti kali ini juga boleh.

“Allah tidak akan membebani sesuatu kaum melebihi apa yang dia termampu…”
jemarinya mengusap airmata di pipi. Pasti basah lembaran diari jika tidak dihentikan airmata yang mengalir. Semakin ingin dia tulis, semakin tidak dia mmapu. Jemarinya makin lemah. Dia sendiri keliru apa yang harus ditulis. Kacau bilau hati dan fikirannya.
Muslimah itu menutup lembaran diari. Menyimpan dan menggapai terjemahan al quran di dalam tasnya. Menyambung kembali juz yang ditanda. Moga itu lebih menenangkan hati. Lama dia menatap al quran itu. Tanpa menyedari perjalanan semakin singkat.

“Gerik!!Gerik!!”pekikan konduktor bus mematikan kusyuknya. Dengan pantas dia memperkemaskan tasnya. Menggapai beg dan menuruni anak tangga transnasional itu. Tangannya ligat menaip nombor rumah di handfon.

“adik…cakap kat ayah akak da sampai kat stesen bus pekan. Jemput kat sini taw..”ringkas saja pesanan.

Beberapa minit kemudian sebuah van biru sampai. Elya naik. Suasana senyap sahaja antara dia dan ayahnya…bukan hal yang pelik tapi perkara biasa.. Kurang sekali bicara anak beranak itu.
Sampai di rumah ibunya sudah berada di depan muka pintu. Lalu dia mauk memberi salam dan mencium tangan si ibu. Lalu membawa diri ke katil yang berada di runag tamu kedua. Elya memang tidak tidur didalam bilik. Rumah kecil itu cuma ada dua buah bilik. Satu kamar didiami oleh ibunya, ayah dan adik lelakinya. Manakala satu lagi kakak ipar dan abang ngahnya yang baru bernikah beberapa bulan lalu mendiami. Namun elya tidak kisah. Lagipun dia tidak kerap berada di rumah. Pengajian di university, pengajian di pondok, urusan dakwah di kolej mebuntukan dia untuk selalu keluar dari rumah kecil itu. Jika berada dirumah pun tidak ada apa yang dia dapat lakukan. Dia akan bosna. Kadangkala sahaja dia membantu si ibu di pagi hari menjual nasi lemak. Itupun kudratnya tidak dperlukan sangat memamandangkan kakak iparnya sudah banyak membantu.  
Elya melihat jam di dinding. Jarum jam menghampiri angka 3. Dia masih belum menunaikan solat zuhur. Lalu melangkahkan kaki menuju ke bilik air. Tiba2 dia terhenti, terdengar bicara kedua orang tuanya…

“lusa si elya dah nak masuk u…abang dah tak kerja, elya tu pengajiannya nak duit bang…banyak pakai duit….setakat duit nasi lemak kita tak banyak yang dapat…tambah ptptn elya tak ambil…”

muslimah itu melangkahkan kaki ke bilik air…dia tahu ayahnya sudah tidak bergaji. Dia tahu kudrat ibunya juga tidak kuat. Kaki si ibu tidak baik2 sejak sakit. Entah apa puncanya. Kata doctor sakit lutut. Sudah puas berubat ke sana ke mari namun tiada kesan. Ubat2 juga dah banyak ditelan. Beratus2 duit habis membiayai ubat si ibu. Namun tiada perubahan berlaku.


dia meneruskan langkah kaki. Hatinya tidak tenang. Belum cukup masalah hatinya selesai, kini timbul lagi ujian buat keluarga .
Usai solat zuhur, dia meneruskan zikir dan doa…..
“wahai Tuhan yang maha berkuasa…ampuni dosa kedua orang tuaku. Limpahkan rezekimu kepada mereka ya Allah…permudahkan urusan mereka didunia mahupun di akhirat…”

doa yang ringkas itu diucap. Dia semakin sedih memikirkan nasib keluarga. Yuran pengajian sebanyak RM740 mengusustkan pemikiran. Simpanannya tidak sampai setara mana. Hasil duit kerjanya di taska shah alam hanya beberapa ratus. Malah tidak mencukupi. Simpanan utnuk masa depan juga harus diambil kira.
“Ya Allah…ujianmu pasti untuuk menguatkan hamba2nya…sabar elya..sabar….”

bersambung…

Thursday, August 16, 2012

ianya rahsia ilahi....T_T

Jodoh itu rahsia Allah. Banyak kisah kita dengar. Ada yang musuh ketat dari kecil tapi akhirnya jatuh cinta dan berkahwin. Ada yang bercouple 8 tahun lamanya, akhirnya clash dan berkahwin dengan orang lain yang baru beberapa minggu kenal. Ada yang berkahwin baru beberapa hari kemudian bercerai dan berkahwin dengan orang lain lalu kekal hingga sekarang. Macam-macam.



Justeru kalau berdoa, pohonlah seseorang yang soleh dan solehah sebagai jodoh kita. Jangan terlalu mengharap dan mendamba seseorang yang tertentu semata-mata. Kadang-kadang aturan Allah nampak sedih pada zahirnya, namun hakikatnya bahagia kekal hingga ke hujung usia




Ya Allah, yang menjaga luh mahfuz, jodohku telah Kau tetapkan di sana, siapa orangnya, bila masanya,dan bagaimana ia di langsungkan,ia telah Kau catatkan dalam kalam Mu. Kurniakanlah daku seseorang yang boleh meneteramkan jiwaku.



Saban hari ku menitipkan doa….agar suatu saat nanti aka nada sekeping hati yang sudi menerima diri ini…memimpin jemariku melangkah medan dakwah hingga ke jannah…
aku menanti imamku yang akan menjadi penyejuk mata dan jiwa…yang akan melafazkan kata2 indah lantunan ayat-ayat suci al quran dihadapanku saat ku menghadap ilahi….
Siapa yang tidak mahu bernikah…mendirikan rumah tangga…membina mahligai bahagia bersama disamping membina keluarga islam demi membentuk generasi hadapan yang soleh dan solehah…
Persoalan yang sering tidak mampu dijwab oleh akal manusia yang cuma hamba ciptaaan Ilahi,
“bilakah saatnya kan tiba..?”
Percaya atau tidak..persoalan itu sering kali timbul di benak kita..ada diantara kita mampu mengawalnya dengan kuat berpegang bahawa itulah rahsia Ilahi..jodoh itu satu rahsia…sebagaimana rezeki kita…tidakkah Allah itu sweet…? merahsiakan sesuatu yang amat besar dan bermakna bagi seorang hambanya…
Aku tidak pandai memberi nasihat didalam hal2 penting sebegini…sekadar menyuarakn pandangan yang tidak seberapa..aku akui akan kekurangan diriku yang agak lemah dalam menyampaikn dakwah..namun insyaAllah aku kan terus berusaha demi menjadi khalifah dibumi yang menyambung perjuangan rasulku yang tercinta….
Adakalanya hati kita ini terlalu lemah dan mudah untuk jatuh hati…bermulanya dari pandangan mata yang tidak ditundukkan..maka parahla jiwa kiranya umat akhir zaman seperti kita ini tidak berwaspada dengan amaran Allah yang berbunyi…

"Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang beriman, hendaklah mereka menahan/menundukkan pandangan (atau mata) mereka (daripada melihat wanita yang tidak halal) dan hendaklah mereka memlihara/menjaga kemaluan-kemaluan mereka (daripada zina dan liwat), demikianlah lebih suci/baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dikerjakan mereka."
Pencipta kita tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita..namun sebagai hamba kadangkala kita sombong untuk menyelami maksud tersirat dan patuh pada suruhanNya..walau dalam hal2 yang kita Nampak remeh seperti ini…sedangkan hakikatnya,ianya hal yang sangat penting,apabila dianggap sesuatau yang simple, and we keep saying…
“owhh…aku xdak masalah..aku still ley control hati aku kot..”
Jangan kita merasa ego,sombong dengan kata2 kita, kepercayaan kita..hakikatnya Allah itu lebih Mengetahui..Dia Maha Mengetahui.ingatla bahawa yang memegang hati ini dan pemiliknya bukan kita tapi Allah..bila2 masa sahaja Dia mampu mengubahnya…
Menundukkan pandangan itu amat perlu..tambahan lagi bagi mereka yang berada di medan dakwah…aku berada dalam sebuah medan yang memerlukan diri untuk berinteraksi dan berurusan dengan bukan mahramku..dalam sebuah organisasi yang memerlukan diri untuk banyak berkomunikasi dengan mereka..dan aku tidak mampu lari dari keadaan tersebut. Truly said, its so hard for me…
Aku seorang wanita yang berjiwa lemah….terutama dalam menjaga pandangan, menjaga bicara, pergaulan, ikhtilat dan sebagainya…ianya memrlukan suatu kesabaran dan kekuatan  dalaman, hati, jiwa rohani yang sangat kuat….bak kata seorang sahabat…
“hati kena kering ukhti…^^”
Huuu…kena kering weyh…buat mcm xdak perasaan kat muslimin…but! Itu bukan bende mudah.ianya memerlukan kekuatan. Seyesly.
Bila jupe, kene tunduk banyak…
Bila cakap kene keraskn sikit suara….
Bila interaksi, kene budget masa, singkatkan perbualan…
Bila nak jupe kene cari partner, xley duk dlm keadaan khalwat…

Islam dah didik kita cane nak buat..nampak berat..tapi itulah yang telah islam ajar dalam menjaga ikhtilat diantara lelaki dan perempuan…tambah2 wanita ini sering menjadi fitnah bagi lelaki di akhir zaman….tidak takutkah kita kiranya menjadi fitnah bagi mereka..tdk kasihankah kita pada para mujahid yang kuat bertempur di medan dakwah yang terpaksa menjadi bahan fitnah kita…tidak malukah kita sebagi seorang wanita yang menjadi fitnah kepada seorang lelaki….
Sabda Nabi s.a.w;
” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kamu selepas pemergianku melainkan fitnah kaum wanita “[ H.R Bukhari ]

Oleh itu…dalam bergelar mujahidah, begelar seorang daie…menjaga hati merupakan suatu perkara yang sangat penting..kerana jiwa yang memgang amanah dan dakwah di medan juang, tidak boleh dicemari dan dikotori…
Bukan kata kita tidak boleh untuk terjatuh cinta/ terjatuh hati dalam berorganisasi…cinta itu suatu fitrah manusia..tiada msalah untuk kita jatuh hati dengan sesiapapun…namun, kita perlu tahu bagaimana caranya untuk menguruskn rasa cinta itu dengan sebaiknya…
Apabila berda dalam sebuah organisasi, yang melibatkan kita untuk berikteraksi dengan muslimin, sebaiknya peliharalah diri kita dari pelbagai sisi..agar kita tidak mudah jatuh dengan duri2 syaitan dan bisikan nafsu iblis yang sering menyesatkan manusia…namun jika kata kita telah cuba memliharanya sebaik mungkin, dan ia terjadi juga,mohonlah pertolongan dan keampunan Allah….moga ianya benar tidak sengaja…
Jiwa yang membawa amanah dakwah seringkali akan diuji Ilahi…yang penting kita harus tahu mengawalnya…
Jika kata jatuh cinta juga ketika berda dalam organisasi, istikharahla…seminggu..dua minggu..sebulan dua bulan..selama mana mungkin dan carilah jawapan apakah benar rasa hatimu itu…
Tanya pada diri….”mengapa aku mahukan dia sebagai suamiku….?”
Perlu ada alasan yang kukuh…bukan sekadar rasa kagum, rasa terpikat dengan ketampanannya..rasa terpikat dengan karekternya sahaja…
Ingatla bahawa perkahwinan itu melibatkan pembinaan sebuah keluarga islam….ianya merupakan satu amanah yang berat yang harus dipikul, iaitu dalam membentuk sebuah keluarga islam, keluarga sakinah. Demi melahirkan generasi pemimpin yang akan menyambung perjuangan ini. Perkahwinan bukan sekadar suka sama suka, cinta sama cinta..ianya satu lagi medan yang perlu kita lalui demi perjuangan…amanah dalam mendidik zuriat yang bakal dilahirkan untuk menjadi solah dan solehah…
Istikaharah sebaiknya..jika sudah ditemui petunjuk, yang datang sepanjang masa istikharah, maka buatla pilihan, untuk meneruskn dengan baitul muslim atau melepaskan perasan kita kepada ilahi…
Jika kata benar dia untuk kita..jodoh kita, pasti Allsh akan mempermudahkan jalan untuk kita berbaitul muslim dengannya…namun jika tidak, maka redha dan relakanlah hati anda untuk melepaskannya…
Lepaskan dia kepada Allah..dan lepaskan juga dirimu kepada Allah…
Ianya sesuatu yang perit untuk kita hadapi..tambahan lagi kita sedang dalam sebuah medan yang sama sepertinya..kita akan berjumpanya, terlihatnya..malah mungkin melibatkan interaksi dengannya secara sengaja mahupun tidak..namun tetap perlu cekal dan kuat…
Seperti dalam doa istikharah yang sering kita lafazkn di dalam solat istikharah…
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
Moga Alalh menggantikan yang lebih baik dari apa yang telah kita hilang itu…percayala bahawa apa yang telah berlaku itu ade hikmahnya…anggapla ianya cumalah satu ujian dalam kita berdakwah dan bergerak kerja di medan juang ini..
Allah itu sayang akan hambanya…kerana itula dia menguji sedikit hambanya itu, sesuatu yang tidak melebihi kemampuan mereka…percaya dan yakinlah, bahawa kita mmapu mengharunginya dengan baik…kuatkn kembali jiwa kita dengan menjadi lebih focus kepada dakwah. Sibukkan diri dengan sesautu yang lebih bermanfaat dari melayan rasa pilu dan sedih utnuk kehilangannya….di awalnya sememangnye susah untuk menempuhi hari2 yang pedih dan pilu untuk menerima hakikat bahawa dia bukan jdoh kita, namun lama kelamaan pasti kita bole melupakannya dan mengharungi hari2 dengan rasa lebih tenang, aman dan bahagia… insya Allah….



Sunday, August 5, 2012

berada di sana...bersama mereka...

sudah seminggu aku menjejakkn kaki di sha alam dalam bulan mulia dan penuh barakah ini...
dan sudah seminggu juga aku bersama mereka....anak2 permata jiwa...penyejuk mata dan hati...yang seringkali menghiasi hari2 ku dengan tawa..tangisan dan manja mereka.....


subhanallah...
aku terasa amat tenag dan bahagia berkhidmat di taska seksyen 7..yang dipenuhi gelagat kanak2 yang comel...bayi2 yang masih suci tanpa dosa dan cela....bersihnya wajah mereka..hrumnya bau tubuh mereka...memberi semangat dan ketenangan pada jiwa2 yang sunyi dan lemah....



Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Hadis tersebut menjelaskan bahawa anak2 yang dilahirkan fitrah dan putih bersih serta suci daripada sebarang dosa dan kesalahan.

hari pertama ku lalui dengan penuh kepenatan dan lelah...namun saat kaki tiba di pintu rumah..dan ku sandarkn kepala di dinding...aku terasa kebahagian yang kian menyusup mendalam di sanubari...

"sungguh indah sekali hari ini..."


tidak sampai sejam aku meninggalkan mereka....hati mula terasa rindu....
dengan telatah mereka...manja mereka...kenakalan mereka ...kecomelan mereka....


nakal...
aku masih ingat dengan sebaris nama: nadim...
kanak2 lelaki...umur 3tahun....sangat2 nakal! bile disuruh tidur tak mahu..berlari2 atas tilam sehingga menggangu teman2 lain...acap kali aku terpaksa mengurungnya dalam bilik gelap...sementara sahaja..tidak sampai dua minit setelah jiwaku tak sanggup mendengar rintihan nya ketakutan di sana....setelah itu dia akan berbaring di tempat tidur...namun, belum sempat memejamkn mata, dia kembali bangun dan berlari2 lagi....arghhhh. nakal sungguh!! buntu aku memikirkn cara membuat dia tidur,akhirnya aku sendri yang kepenatan lalu membiarkn dia berlari sendirian...sesudahnya, rakan2 lain semuanya terjaga dan kecohla rumah teres dua tingkat itu....hahaa....

manja....
seorang kanak2 perempuan....sangat cantik...sangat manis.....sangat manja denganku....dan sangat baik....
aku masih ingta dengan hana asyeera....seorang kanak2 perempuan yang sangat comel....matanya yang cantik menenangkn jiwa saat aku menatapnya....acap kali hana hadir menghampiriku dan memaut lengan di pinggangku...membaringkan kepalanya di atas pahaku....kadang2 dia duduk bersandarkn bajuku....ketika menonton television. hana jarang menages melainkan ade yang menyakitinya....kasih sayangku tumpah padanya...hana bagai ankku sendiri....yang tidak pernah melawan cakapku..tidak senakal nadim...lebih ayu dan sopan penampilannya.....hana....

begitula juga dengan kanak2 yang lain....ahmad nuh....ilham....aleesya..amilin....syazwan....dan ramai lagi yang telah membahagiakn hari2ku.....

saban hari aku semakin menyayangi mereka....menyintai mereka.....
belum sampai seminggu berkhidmat, aku telah diserang batuk kahak , demam dan selsema yang agak teruk...masih belum sembuh2 juga sekarang...ikutkn hati mahu sahaja ambil mc...tapi aku merasakan ianya satu kerugian jika sehari tidak menatap wajah2 mereka anak2 kecil penyejuk mata ini.....aku mengagahkan langkah kaki dan deruman motor setiap pagi ke sana demi mendengar gelak tawa kanak2 itu....sakitku seakan2 lenyap begitu sahaja setelah melihat mereka..membelai mereka....


saban hari juga, aku mula menghayati erti kasih syang seorang ibu kepada anaknya...dis aat aku menjaga mereka...memnadikn..memakaikn baju....membancuh susu..menidurkan....baru aku sedari bahawa semua itu tidak semudah yang disangka....

aku mula merindui ibu..yang telah banyak mengasuh dan menjagaku ketika aku kecil....

saat memandikan, aku perlu menahan nafas dengan bau2 masam dari pampers2 mereka....jiweku berbisik...


"apakah ibuku seperti ini juga dulunya setiap hari.....menahan nafasnya........"


saat memakaikn baju..masing2 tidak duduk senyap dihadapanku....terasa lenguh menhan2 tangan merekan dari terus bergerak2 kesana kemari....jiwaku berbisik....


"apakah ibuku juga seperti ini...penat melayan karenahku........"


saat menidurkan mereka....susu perlu dibancuh terlebih dahulu....telinga bingit mendengar tangisan mereka merengek2 meminta susu.....jiwaku berbisik...


"apakah ibuku juga seperti ini.....pedih mendengar tangisanku selalu...."


jiwaku mula menanges merindui ibu..owh ibuku...sungguh banyak kesabaranmu....dalam membesarknku....penat lelah dalam menjagaku....sedangkan dulu seringkaliku merungut bila kau minta ku bantu...seringkali mengingkarimu.....ampunku duhai ibuku.....ampunkan anakmu yang penuh dosa ini...banyak menderharkaimu.....ampunkan aku ibu.....

aku berjanji...akan ku pelihara diri yang kau besarkn ini dengan sebaiknya menurut kehendak ilahi...
aku berjanji agar jiwa yang kau didik ini menimba ilmu dunia dan akhirat.....
aku berjanji agar tubuh yang kau belai ini menjadi tubuh yang sentiasa beribadah kepada Tuhannya...
aku berjanji agar tangan yang kau genggam ini sentiasa mendoakan keampuanan bagimu dan akan ku mohon syurga buatmu....
aku berjanji bahawa akanku berusaha gigih untuk menjadi seorang muslimah yang solehah...yang dapat memberi ketengan buatmu di akhirat nanti.....

ya Allah...peliharalah ibubapaku yang telah banyak menagis dalam doa2nya untukku...
ya Allah...peliharalah ibubapaku yang telah berpenat lelah untuk seumur idupnya dalam membesarknku...
ampunkn dosa dosa mereka.....ya Allah yang maha mengasihani
angkatkn mereka dari azab kuburmu ya Allah....
jauhkan mereka dari seksa neraka mu ya Allah....
tempatkn mereka di syurgamu.....
berikan kebahgaian...rezkimu....limpahkn kasih sayang dan rahmatmu buat kedua ibubapaku ya Allah....
amin ya rabbal alamin...