Aku tak sangka..
Dalam beberapa bulan sahaja yang berlalu, mungkin dalam setahun..aku melihat anugerah Allah serta kenikmatannya padaku yang tiada terhingga…
Aku kini telah melihat berbagai hikmah dari masa laluku..dari kesilapan yang pernah aku lakukan..dari kejahilanku..dari kekhilafanku…ya Allah…
Selepas dapat panggilan telefon dari sepupuku siang tadi..aku tak menyangka sama sekali, akan perancangan dari ilahi begitu teliti dan tiada terduga..
Ya Allah…sesungguhnya Engkaulah sebaik2 Perancang..dan segala perancangan dan takdirMu telah banyak menyelamatkan aku dari kemaksiatan..zina..kelalaian…kealpaan dengan duniawi..
Kau menyelamatknku dari masa lampau yang penuh dengan dosa dan noda..ku panjatkn kesyukuran ke hadratMu..kerana kini..aku dapat merasakan bahawa Kau telah menempatknku di kalangan orang2 yang selamat..yang dapat membimbingku kejalanMu…yang selalu mengingatkn aku tentang Mu…aku bersyukur ya Ilahi…aku sangat2 bersyukur…
Ya Allah…
Kau begitu baek sekali denganku…kau mengujiku dengan seribu satu cobaan..sehinggakn aku hampir berputus asa dengan rahmat Mu…aku hampir tersungkur di perjalanan yang berliku2 itu…
Namun Kau hadirkan tangan2 yang mulia…yang menghulurkan cinta mereka kepadaku..atas nama cinta sebagai sahabat…membimbingku kembali ke jalanmu..mengenalkan aku akan cinta sebenar kepadaMu..
Kau mengenalknku dengan ukhuwwah…
Ya benar…
Ukhuwwah la yang menyelamatknku dari cinta duniawi..
Ianya hadiah dan anugerah yang tiada ternilai…aku sgt meng hargai dan mensyukuri anugerah itu ya Allah…
Kini aku sedar….dan aku kian memahami….
Apabila cinta didadaku penuh dengan kecintaan kepadaMu..kepada rasulku..kepada kalamMu..kepada sahabat2 seperjuanganku…kini, aku sudah tidak merasa kosong lagi…mahupun terasa sunyi…
Kecintaan yang aku cari selama ini hadir memberi ketenanagn kepada jiwaku…memenuhi segenap ruang hati dengan kecintaan yang amat2 membahagiakan….
Kini, yang tinggal akan melengkapi lagi hidupku hanyalah seorang suami yang soleh, dalam membimbingku ke akhirat…berpegangan tangan denganku dalam menempuh medan dakwah dan perjuangan ini…dan anak2 yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata dan hatiku….
Aku sudah tidak sedih tanpa lelaki ajnabi dlm idup..
Aku sudah tidak sedih mnuggu2 handpond ku untuk berbunyi dari panggilan ajnabi lagi…
Aku sudah tidak kisah sekalipun mereka2 diluar sana berkople dan menyatakan kebahagiaan mereka dihadapanku.langsung aku tak kisah,,
Sebab aku tahu..
Aku tahu ape yang aku perlukan dalam idup ini bukan cinta lelaki biasa…lelaki yang tidak halal buatku…
Yang aku perlukan adalah cinta seorang suami yang soleh..yang berjihad dijalan Ilahi….Yang dapat menjadi imamku,bapa yang soleh pada anak2nya…yang dapat menjadi penyejuk mataku..menjadi ketua dakwah dalam keluargaku dan anak2 ku…
Namun…
Apa yang mensayukan hatiku disaat ini…
Adalah kerana merasakan bahawa aku masih tidak mampu untuk bersuami…untuk bekeluarga…
Aku masih belum berkemampuan dari segi wang..…
Aku masih belum persiapkan diri sepenuhnya untuk bakal suamiku…
Aku masih belum mampu meyakinkan ibubapaku bahawa aku mampu untuk hidup berumahtangga lagi…
Dan aku tidak tahu apakah aku sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorg isteri…
Dan apakah aku layak untuk digelar isteri yang solehah buat suamiku sedangkan aku inginkan yang soleh…
bukan tu shje…yang lebih utama…
Siapa bakal SUAMIKU??? Persoalan yang masih belum terjawab..!!
Keinginan yang tinggi…namun segalanya terbatas…..
“mungkin aku memang belum bersedia…sekalipun jiwa mude bergelora…”
Jadi…hurmmm…..
menahan dirilah dulu gamaknye…
Bersabar menanti saatnya tiba…
Jiwa gelora anak muda seperti ku…
Malah di dalam zaman globalisasi serba moden…
Dengan berleluasanya penyebaran zina..kemaksiatan… yang tiada terbatas…
Kadangkala aku takut jika aku tidak kuat menahan nafsu mudaku…
Hingga aku tercampak kelembah kemaksiatan…dosa dan zina…
Nauzubillahiminzalik…
Setiap hari…
Tidak putus2 aku memanjatkn doa…
Mohon percepatkn jodohku…
Agar aku bisa menyelamatkn diri ini…
Aku takut…jiwe aku lemah…
Walau telah bertaubat dari dosa2 dan kesilapan dahulu…
Namun hati ini Allah yang pegang…
Siapa sangka..bila2 masa shja aku bole jatuh semula….
T_T
Kembali berfikir…
Mampukah bakal suamiku masuk kedalam keluargaku..
Apa dia sudi menerima keluargaku seadanya mereka…
Apa dia sudi hidup di dalam serba sederhana bersama kami…
Apa dia sudi bersama kami yang serba kurang agama, pangkat, harta mahupun keturunan ini…
Persoalan yang paling penting….
Apakah aku layak buatnya…
Ya Allah…
Sungguh aku takut menghadapi masa hadapan..yang penuh dengan pelbagai persoalan yang jawapannya hanya ada padaMu ya rabbi…
Walau apapun…
Aku masih yakin dan percaya yaAllah..
Bahawa Kau akn member yang terbaek buat diriku…
Namun , aku tetap tidak mampu menipu diri bahawa aku takut menghadapi masa hadapan yang penuh misteri dan rahsiaMu…
Namun begitu..
Ya Allah…
Aku percaya dengan setiap ketentuanMu buatku…
Akan aku hadapi masa hadapan yang Kau takdirkan dengan penuh kekuatan dan kesabarn serta qudrat yang Kau kurniakan…
Aku cume insan biasa yang lemah dan hidup dengan nafas yang Kau beri…denagn itu…segaal yang Kau takdirkn buatku..akan ku terima dengan redha dan penuh kesyukuran…
yaAllah…berikanlah yang terbaik untukku…untuk dunia dan akhiratku…
aminnn ya rabb….
No comments:
Post a Comment