Allah...forgive me always..

Thursday, August 16, 2012

ianya rahsia ilahi....T_T

Jodoh itu rahsia Allah. Banyak kisah kita dengar. Ada yang musuh ketat dari kecil tapi akhirnya jatuh cinta dan berkahwin. Ada yang bercouple 8 tahun lamanya, akhirnya clash dan berkahwin dengan orang lain yang baru beberapa minggu kenal. Ada yang berkahwin baru beberapa hari kemudian bercerai dan berkahwin dengan orang lain lalu kekal hingga sekarang. Macam-macam.



Justeru kalau berdoa, pohonlah seseorang yang soleh dan solehah sebagai jodoh kita. Jangan terlalu mengharap dan mendamba seseorang yang tertentu semata-mata. Kadang-kadang aturan Allah nampak sedih pada zahirnya, namun hakikatnya bahagia kekal hingga ke hujung usia




Ya Allah, yang menjaga luh mahfuz, jodohku telah Kau tetapkan di sana, siapa orangnya, bila masanya,dan bagaimana ia di langsungkan,ia telah Kau catatkan dalam kalam Mu. Kurniakanlah daku seseorang yang boleh meneteramkan jiwaku.



Saban hari ku menitipkan doa….agar suatu saat nanti aka nada sekeping hati yang sudi menerima diri ini…memimpin jemariku melangkah medan dakwah hingga ke jannah…
aku menanti imamku yang akan menjadi penyejuk mata dan jiwa…yang akan melafazkan kata2 indah lantunan ayat-ayat suci al quran dihadapanku saat ku menghadap ilahi….
Siapa yang tidak mahu bernikah…mendirikan rumah tangga…membina mahligai bahagia bersama disamping membina keluarga islam demi membentuk generasi hadapan yang soleh dan solehah…
Persoalan yang sering tidak mampu dijwab oleh akal manusia yang cuma hamba ciptaaan Ilahi,
“bilakah saatnya kan tiba..?”
Percaya atau tidak..persoalan itu sering kali timbul di benak kita..ada diantara kita mampu mengawalnya dengan kuat berpegang bahawa itulah rahsia Ilahi..jodoh itu satu rahsia…sebagaimana rezeki kita…tidakkah Allah itu sweet…? merahsiakan sesuatu yang amat besar dan bermakna bagi seorang hambanya…
Aku tidak pandai memberi nasihat didalam hal2 penting sebegini…sekadar menyuarakn pandangan yang tidak seberapa..aku akui akan kekurangan diriku yang agak lemah dalam menyampaikn dakwah..namun insyaAllah aku kan terus berusaha demi menjadi khalifah dibumi yang menyambung perjuangan rasulku yang tercinta….
Adakalanya hati kita ini terlalu lemah dan mudah untuk jatuh hati…bermulanya dari pandangan mata yang tidak ditundukkan..maka parahla jiwa kiranya umat akhir zaman seperti kita ini tidak berwaspada dengan amaran Allah yang berbunyi…

"Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang beriman, hendaklah mereka menahan/menundukkan pandangan (atau mata) mereka (daripada melihat wanita yang tidak halal) dan hendaklah mereka memlihara/menjaga kemaluan-kemaluan mereka (daripada zina dan liwat), demikianlah lebih suci/baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dikerjakan mereka."
Pencipta kita tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita..namun sebagai hamba kadangkala kita sombong untuk menyelami maksud tersirat dan patuh pada suruhanNya..walau dalam hal2 yang kita Nampak remeh seperti ini…sedangkan hakikatnya,ianya hal yang sangat penting,apabila dianggap sesuatau yang simple, and we keep saying…
“owhh…aku xdak masalah..aku still ley control hati aku kot..”
Jangan kita merasa ego,sombong dengan kata2 kita, kepercayaan kita..hakikatnya Allah itu lebih Mengetahui..Dia Maha Mengetahui.ingatla bahawa yang memegang hati ini dan pemiliknya bukan kita tapi Allah..bila2 masa sahaja Dia mampu mengubahnya…
Menundukkan pandangan itu amat perlu..tambahan lagi bagi mereka yang berada di medan dakwah…aku berada dalam sebuah medan yang memerlukan diri untuk berinteraksi dan berurusan dengan bukan mahramku..dalam sebuah organisasi yang memerlukan diri untuk banyak berkomunikasi dengan mereka..dan aku tidak mampu lari dari keadaan tersebut. Truly said, its so hard for me…
Aku seorang wanita yang berjiwa lemah….terutama dalam menjaga pandangan, menjaga bicara, pergaulan, ikhtilat dan sebagainya…ianya memrlukan suatu kesabaran dan kekuatan  dalaman, hati, jiwa rohani yang sangat kuat….bak kata seorang sahabat…
“hati kena kering ukhti…^^”
Huuu…kena kering weyh…buat mcm xdak perasaan kat muslimin…but! Itu bukan bende mudah.ianya memerlukan kekuatan. Seyesly.
Bila jupe, kene tunduk banyak…
Bila cakap kene keraskn sikit suara….
Bila interaksi, kene budget masa, singkatkan perbualan…
Bila nak jupe kene cari partner, xley duk dlm keadaan khalwat…

Islam dah didik kita cane nak buat..nampak berat..tapi itulah yang telah islam ajar dalam menjaga ikhtilat diantara lelaki dan perempuan…tambah2 wanita ini sering menjadi fitnah bagi lelaki di akhir zaman….tidak takutkah kita kiranya menjadi fitnah bagi mereka..tdk kasihankah kita pada para mujahid yang kuat bertempur di medan dakwah yang terpaksa menjadi bahan fitnah kita…tidak malukah kita sebagi seorang wanita yang menjadi fitnah kepada seorang lelaki….
Sabda Nabi s.a.w;
” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kamu selepas pemergianku melainkan fitnah kaum wanita “[ H.R Bukhari ]

Oleh itu…dalam bergelar mujahidah, begelar seorang daie…menjaga hati merupakan suatu perkara yang sangat penting..kerana jiwa yang memgang amanah dan dakwah di medan juang, tidak boleh dicemari dan dikotori…
Bukan kata kita tidak boleh untuk terjatuh cinta/ terjatuh hati dalam berorganisasi…cinta itu suatu fitrah manusia..tiada msalah untuk kita jatuh hati dengan sesiapapun…namun, kita perlu tahu bagaimana caranya untuk menguruskn rasa cinta itu dengan sebaiknya…
Apabila berda dalam sebuah organisasi, yang melibatkan kita untuk berikteraksi dengan muslimin, sebaiknya peliharalah diri kita dari pelbagai sisi..agar kita tidak mudah jatuh dengan duri2 syaitan dan bisikan nafsu iblis yang sering menyesatkan manusia…namun jika kata kita telah cuba memliharanya sebaik mungkin, dan ia terjadi juga,mohonlah pertolongan dan keampunan Allah….moga ianya benar tidak sengaja…
Jiwa yang membawa amanah dakwah seringkali akan diuji Ilahi…yang penting kita harus tahu mengawalnya…
Jika kata jatuh cinta juga ketika berda dalam organisasi, istikharahla…seminggu..dua minggu..sebulan dua bulan..selama mana mungkin dan carilah jawapan apakah benar rasa hatimu itu…
Tanya pada diri….”mengapa aku mahukan dia sebagai suamiku….?”
Perlu ada alasan yang kukuh…bukan sekadar rasa kagum, rasa terpikat dengan ketampanannya..rasa terpikat dengan karekternya sahaja…
Ingatla bahawa perkahwinan itu melibatkan pembinaan sebuah keluarga islam….ianya merupakan satu amanah yang berat yang harus dipikul, iaitu dalam membentuk sebuah keluarga islam, keluarga sakinah. Demi melahirkan generasi pemimpin yang akan menyambung perjuangan ini. Perkahwinan bukan sekadar suka sama suka, cinta sama cinta..ianya satu lagi medan yang perlu kita lalui demi perjuangan…amanah dalam mendidik zuriat yang bakal dilahirkan untuk menjadi solah dan solehah…
Istikaharah sebaiknya..jika sudah ditemui petunjuk, yang datang sepanjang masa istikharah, maka buatla pilihan, untuk meneruskn dengan baitul muslim atau melepaskan perasan kita kepada ilahi…
Jika kata benar dia untuk kita..jodoh kita, pasti Allsh akan mempermudahkan jalan untuk kita berbaitul muslim dengannya…namun jika tidak, maka redha dan relakanlah hati anda untuk melepaskannya…
Lepaskan dia kepada Allah..dan lepaskan juga dirimu kepada Allah…
Ianya sesuatu yang perit untuk kita hadapi..tambahan lagi kita sedang dalam sebuah medan yang sama sepertinya..kita akan berjumpanya, terlihatnya..malah mungkin melibatkan interaksi dengannya secara sengaja mahupun tidak..namun tetap perlu cekal dan kuat…
Seperti dalam doa istikharah yang sering kita lafazkn di dalam solat istikharah…
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
Moga Alalh menggantikan yang lebih baik dari apa yang telah kita hilang itu…percayala bahawa apa yang telah berlaku itu ade hikmahnya…anggapla ianya cumalah satu ujian dalam kita berdakwah dan bergerak kerja di medan juang ini..
Allah itu sayang akan hambanya…kerana itula dia menguji sedikit hambanya itu, sesuatu yang tidak melebihi kemampuan mereka…percaya dan yakinlah, bahawa kita mmapu mengharunginya dengan baik…kuatkn kembali jiwa kita dengan menjadi lebih focus kepada dakwah. Sibukkan diri dengan sesautu yang lebih bermanfaat dari melayan rasa pilu dan sedih utnuk kehilangannya….di awalnya sememangnye susah untuk menempuhi hari2 yang pedih dan pilu untuk menerima hakikat bahawa dia bukan jdoh kita, namun lama kelamaan pasti kita bole melupakannya dan mengharungi hari2 dengan rasa lebih tenang, aman dan bahagia… insya Allah….



4 comments:

Anonymous said...

hamboi2.... penuh madah nye.... tersimpul2 malu ana abng long bace...huuu moge tabah kak chik! =)

elyamuslimah91 said...

tenkiu abg long...!!

Sarah azlan said...

waaaa..emy nyer adik ku yg dirindui... sebak kak membacanyer.. kak sarah doakan jdoh emy, imammu akan dtg jua nati..ameen i`allah terbaik bgmu syg...:-) ehem2... x nk ke gtau kak sape calon nyer tu??/ ponat nie kak nungu nk tau (kalu ade)..hee..yg pntg jgn gtau abg long..hee.

elyamuslimah91 said...

muahaha....xdak spe2 pon..cecaje tulih....^^,tenkiu kak..